Memaparkan catatan dengan label Apa itu Keyboard Warrior ?. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Apa itu Keyboard Warrior ?. Papar semua catatan

Khamis, 9 Februari 2017

KEYBOARD WARRIOR HARUS BERTANGGUNGJAWAB

Apa itu Keyboard Warrior ?

‘Keyboard warrior’ atau juara papan kekunci ditafsirkan sebagai individu yang cuba menjadi hero di kalangan masyarakat dengan menyampaikan sesuatu pendapat yang dirasakan sahih baginya tetapi ‘menyorok’ di sebalik skrin komputer.

Golongan ini dianggap hanya berani melontarkan suara dan pendapat melalui media sosial terutama Facebook dan blog.

Secara realitinya perwatakan mereka tidaklah seberani seperti digambarkan melalui luahan di Internet.

Golongan ini dilabel negatif kerana komen dan pendapat lebih terarah kepada menghentam orang lain sesuka hati tanpa memikirkan perasaan orang dimaksudkan.

Kewujudan media sosial secara tidak langsung melahirkan lebih ramai ‘cendikiawan’ baru ibarat cendawan tumbuh selepas hujan. Istilah ini terus meluas merangkumi cara seseorang dalam mempertahankan pendapatnya terhadap sesuatu hal.

Mungkin ramai bersetuju apabila berkongsi komen dan pendapat membuktikan kebebasan bersuara dan membaca melalui Internet.


Berbeza pendapat dan bertukar fikiran adalah penting bagi pembangunan minda masyarakat, tetapi memaki hamun dan menulis kata kesat hanya menumpulkan minda seseorang.

---------------------------------------------------------------------------------

Dalam dunia yang penuh dengan ujian yang di sebutkan dunia akhir zaman ini, semakin hari semakin banyak laman sosial yang telah diwujudkan. Boleh dikatakan, setiap manusia mempunyai akaun Whatsapp, Facebook, WeChat, Twitter, Instagram, Telegram, Youtube dan sebagainya. Dunia semakin mudah. Tidak seperti dahulu kala, kini manusia boleh mendapatkan segala maklumat termasuklah cara memasak dan isu-isu semasa mahupun isu politik hanya klik di hujung jari. Segala gosip tentang ahli politik dan artis tempatan mahupun luar sudah dapat diketahui melalui page facebook yang memuat naik status tentang gosip oleh penggunanya.

Jika kita perasan akan perubahan demi perubahan yang berlaku dalam dunia maya, isu “keyboard warrior” sangat hebat menular dalam kalangan pengguna alam maya kini.
Mentaliti pengguna media sosial terhadap perkara ini sangat mudah.

Andai dapat melontarkan pandangan tanpa mengeluarkan suara, maka itu adalah lebih baik berbanding mencabar diri untuk berdiri di hadapan khalayak ramai lalu berhujah menegakkan pendirian sendiri masing-masing.

Sejujurnya, aku pun suka membaca luahan fikiran "keyboard warrior" ini. Namun tidak semuanya. Kadangkala rasa macam tak kena pun ada sebab hal-hal tak sepatutnya pun nak dikongsi, nak diluah dekat facebook. Lebih pelik ada yang rasa bangga menunjukkan keburukan sendiri dengan menghantar gambar dan video luncah ke group-group Whatsapp tanpa perasaan segan silu. Lebih baik keluar atau block sahaja dari group whatsapp tersebut jika tidak mampu menasihati bimbang nanti anak-anak pula yang tertengok perkara jijik tersebut di handphone anda.

Walaupun kegiatan ini mampu mengasah bakat serta minat dalam bidang penulisan, tetapi sekiranya ia bertunjangkan emosi yang tidak stabil, perasaan ego yang meluap-luap, jadilah penulisan serta pendapat yang diluahkan akan kelihatan kurang bijak.

Inilah kelemahan utama yang ada pada diri pejuang-pejuang papan kekunci/keyboard warrior ini. Cukup menyedihkan apabila bakat yang hebat ini tidak terarah dengan pendekatan yang betul dan pengawalan emosi yang seimbang.

Semuanya ingin nak tunjuk bijak! Semuanya ingin nak tunjuk hebat! Semuanya ingin mempertahankan ego masing-masing!
Habis, siapa pula yang mahu bertolak ansur? Siapa pula yang ingin menciptakan kata muktamad?

Bukannya hendak menuding jari menyatakan dia yang salah dan aku saja yang betul. Namun aku lebih tertarik untuk memperbetulkan persepsi kita semua bahawa pahlawan keyboard warrior juga tidak semuanya suka bertindak melulu.

Ada yang berhujah setelah memperoleh fakta yang benar serta membuat rujukan terhadap sesuatu perkara yang dibangkitkan.
Namun, apabila muncul pahlawan ego yang hanya ingin menonjolkan kepandaiannya serta tidak mahu mengalah tanpa mempunyai ilmu yang cukup terhadap perkara yang sedang hangat dibincangkan, sanggup ada yang dibuat-buat cerita. Yang lebih berat sanggup buat fitnah. Keyboard warrior harus bertanggungjawab akibatnya jika anda tersilap langkah dan boleh anda boleh didakwa jika melanggar undang-undang.

Kadangkala aku pun terlajak hanya CopyPaste dari whatsapp dan share ke whatsapp kawan-kawan ada mulanya niat nak bergurau, ada nak menyebarkan berita terkini namun kena ingat tidak semua orang suka. Paling penting jangan buat orang terasa marah atau terasa hati sudah jika tiada kebaikan. Bimbang buruk padahnya seperti contoh: "Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya." Maksud: Berhati-hati apabila berkata-kata ataupun menyatakan sesuatu kerana kata-kata yang sudah terkeluar sukar ditarik balik dan memberi kesan yang mendalam ataupun melukakan hati orang lain.

Harus berwaspada

Untuk mengesan berita-berita palsu, seseorang itu perlu memberi penekanan kepada beberapa ciri berikut iaitu sumber berita yang diterbitkan, jangan hanya membaca tajuk berita sahaja, siapakah penulisnya? tarikh penerbitan sesebuah artikel dan sama ada berita-berita yang dimaksudkan itu diterbitkan juga oleh agensi-agensi berita terkemuka.

Kebanyakannya keyboard warrior yang berniat jahat, ada segelintirnya menyorok Indititi dan wajah muka mereka umpama "membaling batu sambil menyorokkan tangan". Anda boleh didakwa di mahkamah jika menyalahgunakan platform berkenaan serta kesalahan tertakluk di bawah akta fitnah 1957 serta kanun keseksaan (Akta 574), akta komunikasi dan multimedia 1998, akta jenayah komputer 1998 jika melibatkan kesalahan salah guna internet.