Memaparkan catatan dengan label BOLEHKAH SESEORANG YANG TELAH BANKRUP MENJUAL HARTANAH MEREKA?. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label BOLEHKAH SESEORANG YANG TELAH BANKRUP MENJUAL HARTANAH MEREKA?. Papar semua catatan

Ahad, 26 Februari 2017

BOLEHKAH SESEORANG YANG TELAH BANKRUP MENJUAL HARTANAH MEREKA?

Seseorang yang telah diistiharkan bankrup akan hilang kelayakan untuk menjual hartanahnya. Ini kerana sebaik sahaja diistiharkan bankrup, segala harta dan asetnya secara otomtik akan terletak hak kepada Ketua Pengarah Insolvensi (KPI).

Walau bagaimanapun, si bankrup boleh menjual hartanahnya untuk menyelesaikan hutang hutang yang ada tetapi hendaklah mendapatkan kebenaran bertulis daripada KPI terlebih dahulu.

Sekiranya kebenaran diberikan, segala urusan penjualan akan dipantau oleh Jabatan Insolvensi dan segala bayaran hasil jualan akan diserahkan kepada Jabatan Insolvensi untuk tujuan menyelesaikan hutang-hutang si bankrup.

Harap tulisan ini dapat merungkai kekeliruan kebanyakan orang berkenaan dengan isu tersebut.

SUMBER: SALKUKHAIRI ABD SUKOR
Presiden
Persatuan Guaman Hartanah Malaysia (HartaGuam)