Dikebanyakkan tempat makanan ini dikenali sebagai lempeng kelapa tetapi dahulunya semasa nama dikampungku yang masih wujud nama Kg Lubuk Pusing atau lebih dikenali Kg Bukit Bertam Selama Perak makanan ini dipanggil Cucuq Tempek Nyok. Nak tau apa maksud cucuq tempek nyok ini??? Tempek Nyok dipanggil dengan nama ini kerana teknik memasaknya yang sekadar menempek di dlm kuali dan nyok adalah panggilan orang utara untuk buah kelapa. Itulah datangnya nama makanan ini. Tapi klu tak mahu letak nyok pun boleh.
Mungkin kanak-kanak zaman sekarang sudah tidak mengenali makanan ini barangkali tetapi aku sempat menikmati kegemilangan cucuk tempek nyok ni kerana ia adalah makanan kegemaran aku semasa kecil dan sekarang. Dulu bini aku pun tak tau nak buat tp sekarang dah tahu la sbb aku yg ajar. Masa kecil mak aku yang selalu buatkan, cuma kadang2 ja aku buat sendiri. Macam-macam aku cicah nak makan tempek nyok. Aku cicah dengan gula, susu, sos takpun sambal ikan bilis. tambah plak kalau dapat kopi panas memang mengancam la jawabnya. Dahlah mengenyangkan plak tu.
Yang paling penting nk buat makanan ni pun senang. Hanya perlukan tepung gandum, nyok yang di mesin, air dan garam. Kan senang kan. Gaulkan semua bahan nie lepas tu masak atas kuali tp masa tempek tu jangan buat tebal dan besar sangat sedang2 mcm roti canal tu cantik. Biarkan garing sikit dah boleh dihidangkan. Ini la makanan aku membesar waktu pagi dan kadangkala waktu petang masa hari hujan.