Memaparkan catatan dengan label NAK TAHU PERBEZAAN MEE KUNING YANG GUNA MINYAK SAWIT DAN MINYAK BABI?. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label NAK TAHU PERBEZAAN MEE KUNING YANG GUNA MINYAK SAWIT DAN MINYAK BABI?. Papar semua catatan

Jumaat, 17 Februari 2017

NAK TAHU PERBEZAAN MEE KUNING YANG GUNA MINYAK SAWIT & MINYAK BABI......😯😯😯

بِــــــــــسْمِ الَّلهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْم..

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ..

Alhamdulillah.. pagi ini saya dapat bersarapan mee goreng yang enak. Sedang tangan menyuap-yuap mee ke dalam mulut, tiba-tiba hati saya terdetik & teringat pesanan sifu saya sewaktu menghadiri kursus membuat mee kuning secara berbayar 2 tahun dulu..

Tp...saya masih belum sempat menyampaikan info yang saya tahu, astaghfirullahalazim!!!!

Oleh itu sebelum terlambat saya ingin berkongsikan pesanan beliau..

Sebagai orang Islam kita perlu berjaga-jaga kerana kebanyakan produk mee kuning diluar sana yang mana diproses oleh orang2 bukan islam.. ada yg menggunakan minyak babi untuk mengelakkan ia dari menjadi lekit. Nak tahu caranya mudah saja.

Apabila kita beli sebungkus mee kuning di kedai & disimpan didalam peti ais semalaman, pd keesukan paginya jika kita nampak bentuk mee kuning itu masih jelas berkilat & cantik, maka maknanya.. hampir pasti ia gunakan minyak babi.

Ini adalah kerana molekul-molekul dalam minyak babi sahaja yang boleh memberi ketahanan kepada struktur mee kuning.

Tetapi mee kuning yang diproses oleh bumiputra apabila keluar dari peti ais biasanya dari luar plastik lagi kita dah nampak warna mee kuning tu 'blurr' iaitu warnanya kurang jelas.

Ini kerana molekul-molekul minyak sawit tidak dapat memberi ketahanan kepada bentuk mee kuning ini sebagai mana minyak babi.

Oleh itu belilah mee kuning buatan bumiputra sahaja. InsyaAllah kebersihannya lebih terjamin. Selain itu, kandungan asid borik yg digunakan juga minima. Fungsi asid borik adalah untuk panjangkan jangka hayat mee kuning supaya tahan lebih lama.

Sekianya kita simpan mee kuning berhari-hari dlm peti ais dan ia masih elok lagi.. itu tandanya kandungan asid boriknya adalah tinggi.

Maka janganlah kita suka sangat kalau2 nampak mee kuning tahan lama sangat...

Tolong2 sampaikan mesej ini supaya kita semua terlepas drpd disoal disana nanti......

Saya dapat ilmu ini selepas mengikuti kursus yg perlu dibayar beratus2 ringgit tapi apalah salahnya jika kalian pula berkongsi secara percuma dengan hanya menekan butang " share " atau forward kan saja msj ni.....Takkan la itu pun nak berkira!!😊😊😊

Niatkan saja untuk kesejahteraan Ummah dan
Semoga Allah SWT memberikan keberkatan rezeki dan panjatkan usia kepada kita.....Aamiin....

Jazakukumullahu Khairan Katsira........