Memaparkan catatan dengan label TANDA-TANDA GELOMBANG PERUBAHAN RAKYAT MENYOKONG PARTI POLITIK DI BUKIT BERTAM SELAMA PERAK. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label TANDA-TANDA GELOMBANG PERUBAHAN RAKYAT MENYOKONG PARTI POLITIK DI BUKIT BERTAM SELAMA PERAK. Papar semua catatan

Ahad, 5 Februari 2017

TANDA-TANDA GELOMBANG PERUBAHAN RAKYAT MENYOKONG PARTI POLITIK DI BUKIT BERTAM SELAMA PERAK.

Jika dikira selepas tamat menduduki peperiksaan SPM dari tahun 1999 di Sekolah Menengah Mahang Kulim Kedah, aku dah mula keluar berhijrah dari kampung halaman. Jika diikutkan sehinggalah sekarang dalam 15 hingga 16 tahun. Pergi ke sebuah negeri yang asing dan tak pernah kubayangkan sebelumnya. Mungkin inilah yang disebutkan dengan anugerah Allah hingga aku dapat berfikir dan bertindak serta bercita-cita secara bebas. Di tempat itulah aku telah memulai kehidupan baru, belajar bersosial, belajar tentang kepayahan hidup serta belajar untuk mengerti hakikat hidup. Di tempat mencabar dan mendapatkan banyak hal yang rasanya sangat berbeza dengan kampung halaman.

Jika di pandang keadaan kampungku masih berkeadaan seperti suram berawan mendung kelabu bertanda nak hujan. Kampung tertindas, kampung yang hanya menjadi permainan penguasa. Kampung yang di pimpin oleh JKKK dan PBT. Terpaksa ikut peraturan yang ditetapkan oleh sang penguasa paling besar, sehingga ada penduduk menjadi buta perkembangan luar.

Mereka diangkat menjadi berkuasa dan diberi jawatan untuk memimpin kerana kekuatan mereka yang dulunya dapat menggertak dan memujuk masyarakat. Mereka mempunyai kekuatan, baik secara sosialis, berpengaruh menunjukkan kewibawaan. Setelah itu masyarakat diancam. Kepercayaan dan ketakutan oleh masyarakat menjadikan mereka terpilih menjadi pemimpin. 

Ya, begitulah. Pemimpin yang hanya ingin meningkatkan populariti. Bersumpah serapah, janji berjanji yang ia katakan di awal ia ingin membela nasib rakyat tak ubah seperti janji palsu belaka. Janji tinggal janji. Masyarakat semakin miskin. Ia dimiskinkan kerana sebahagian haknya dirampas untuk kepentingan sendiri. Di saat kampung lain telah mengalami berbagai macam perkembangan, baik dalam ilmu pengetahuan mahupun dalam pembangunan. Kampungku masanya berjalan seperti tanpa ada apa-apa berlaku. Yang jadi kuli masih tetap pada kedudukannya, yang setiap hari pergi ke kebun menoreh getah tak terlihat perubahan. Yang berlepak ditepi-tepi jalan telah pun menjadi rutin harian tetap masih belum terbuka mindanya. Seruan azan berkumandang menjemput di buat pekak tanpa berperasaan segan silu.

Aku berfikir ini adalah tanggung jawabku juga sebagai anak muda walaupun di perantauan. Ingin membantu dan menyokong pemuda berkebolehan memimpin demi masa depan tanpa rasuah dan telus dalam pimpinannya. Segelintir pemuda yang telah tumbuh di kampungku, mereka sudah banyak terpengaruh oleh para penindas itu.

Aku sudah pun bersembang, menghasut dan berbincang dengan kawan-kawan di kampungku. Aku kagum dengan semangat mereka yang sudah merancang dan bertindak dalam kampung kami ini. Terutama juga pembangunan moral. Ia mengumpulkan anak muda di kampungnya kemudian membentuk organisasi pemuda/ armada yang secara spesifik membincang masa depan pemuda dan kampung. Misinya tak lain menciptakan kehidupan yang lebih bertamadun jujur dan ikhlas tanpa ada rasuah dan menghalang pemimpin merompak hak rakyat sesuka hati. Rupanya tak begitu mudah jika membincang hal masyarakat yang ada di kampung halaman.

Mereka telah berjaya membawa gelombang perubahan pada fikiran penduduk kampung. "Dayung sudah di tangan, perahu sudah di air." Maksud: Segala-gala yang dikehendaki sudah diperolehi. Perasmian PPBM Cawangan Bukit Bertam Selama Perak telah dibuat pada 28 Januari 2016 bertempat dirumah Suhaimi batu 7 yang lebih dikenali nama Syu.






PPBM Cawangan Bukit Bertam Selama Perak dalam parlimen Larut adalah salah satunya cawangan yang pertama ditubuhkan di Perak dan pertama di Malaysia.

Malaysia, di bawah pemerintahan Barisan Nasional sedang Berhadapan dengan krisis kepimpinan dan keruntuhan institusi yang merosakkan negara. Justeru PPBM ditubuhkan untuk:

1-  Memberikan perhatian kepada reformasi institusi untuk mengembalikan integriti didalam pentadbiran negara.

2- Mengembalikan semula demokrasi dan kedaulatan undang-undang yang telah dinafikan dan disalahguna.

3- Memuliakan pemisahan kuasa antara Perundangan, Eksekutif dan Kehakiman.

4- Berjuang untuk menambahbaik prestasi Kerajaan dan memberi kehidupan yang lebih baik buat rakyat Malaysia tanpa mengira kaum an agama.

5- Mengembalikan penghormatan dan sanjungan dunia terhadap Malaysia dan rakyatnya.


6-  Bekerjasama dengan parti-parti politik dan badan-badan bukan kerajaan yang mempunyai aspirasi dan prinsip sehaluan dalam usaha membentuk kepimpinan Kerajaan yang lebih baik, demi kepentingan Negara dan Rakyat Malaysia.