Ahad, 19 Mac 2017

KISAH GANGUAN JIN DIIBARATKAN LALAT MENGGANGGU SESEORANG

Datang seorang murid berjumpa Syeikh lalu bertanya " Wahai syeikh , aku ini sering diganggu jin , walaupun aku mengaji dan merukyah , ia akan pergi dariku sementara dan akan kembali menggangguku, apa yang harus aku lakukan ?

Lalu Syeikh itu menjawab " Seekor lalat itu apabila datang menganggumu , engkau boleh menghalaunya, tapi apabila ia sering menganggumu  bermakna ada kotoran bersamamu. Daripada engkau sibuk menghalau lalat itu lebih baik engkau bersihkan kotoran yang ada padamu. Nescaya lalat itu takkan memghampirimu."

Ambillah iktibar dari kata hikmah syeikh di atas , semoga Allah sentiasa merahmati dan melindungi kita . Ameen

KESIAN CIKGU!

Anak kena rotan atau denda; kenapa cikgu dera anak saya?

Anak tak dapat buku teks; ni mesti cikgu tak bagi.

Anak hilang pensil;  kenapa cikgu tak tengok kan alat tulis anak saya?

Anak kena buat dengan kawan sekelas; kenapa cikgu biarkan budak lain buat anak saya?

Anak kena buli; kenapa cikgu tak ambil tindakan?

Anak tak dapat makan best di kantin; kenapa cikgu tak sediakan makanan yang best dan berzat untuk anak saya?

Anak tak lulus peperiksaan; kenapa cikgu tak ajar anak saya betul-betul?

Anak ada aktiviti sekolah; kenapa cikgu tak bagi surat? Kenapa selalu buat aktiviti kat sekolah?

Anak lambat dapat duit bantuan kerajaan; ni mesti cikgu yang makan duit bantuan.

Anak tak dapat duit bantuan kerajaan; ni mesti cikgu tak adil, pilih kasih.

Pendek kata semua perkara buruk yang terjadi pada anak kita..cikgu lah puncanya..cikgu..cikgu..cikgu..

Jika beginilah cara kita memandang dan menghargai cikgu kepada anak anak-anak kita, bagaimana mungkin anak-anak kita akan berjaya dalam pelajaran dan hidup mereka.. manakan mungkin datangnya keberkatan kepada anak-anak kita jika kita sendiri pun terlalu buruk sangka dengan cikgu yang mengajar anak-anak kita.

Menuding jari kepada cikgu itulah yang paling mudah, daripada mencari punca masalah sebenar atau mencari kesilapan diri sendiri.

Kesian cikgu..

KELEBIHAN SOLAT BERJEMAAH ISYAK DAN SUBUH

*☆السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُهُ☆*

PEDOMAN
Beruntunglah orang-orang yang berusaha bangun pagi dan bersiap untuk melangkah kaki untuk solat Subuh berjamaah. Nabi SAW bersabda:
ﻣَﻦْ ﺻَﻠَّﻰ ﺍﻟْﻌِﺸَﺎﺀَ ﻓِﻲ ﺟَﻤَﺎﻋَﺔٍ ﻓَﻜَﺄَﻧَّﻤَﺎ ﻗَﺎﻡَ ﻧِﺼْﻒَ ﺍﻟﻠَّﻴْﻞِ ﻭَﻣَﻦْ ﺻَﻠَّﻰ ﺍﻟﺼُّﺒْﺢَ ﻓِﻲ ﺟَﻤَﺎﻋَﺔٍ ﻓَﻜَﺄَﻧَّﻤَﺎ ﺻَﻠَّﻰ ﺍﻟﻠَّﻴْﻞَ ﻛُﻠَّﻪُ

Ertinya:
Barangsiapa yang solat Isyak berjamaah maka seolah-olah dia telah solat malam selama separuh malam. Dan barangsiapa yang solat Subuh berjamaah maka seolah-olah dia telah solat seluruh malamnya.”

(Riwayat Muslim)
Apatah lagi, amalan ini disaksikan oleh para malaikat. Nabi SAW bersabda:
ﻭَﺗَﺠْﺘَﻤِﻊُ ﻣَﻠَﺎﺋِﻜَﺔُ ﺍﻟﻠَّﻴْﻞِ ﻭَﻣَﻠَﺎﺋِﻜَﺔُ ﺍﻟﻨَّﻬَﺎﺭِ ﻓِﻲ ﺻَﻠَﺎﺓِ ﺍﻟْﻔَﺠْﺮِ
Ertinya:
“Dan para malaikat malam dan malaikat siang berkumpul pada solat fajar (subuh).”

(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Ahad, 12 Mac 2017

TANDA-TANDA KIAMAT

Tanda2 Qiamat :
-Homoseksual
-Manusia memburuk-burukkan keturunan (atuk
nenek) orang
lain.
-perempuan bertudung bagi nampak leher V
-bercouple
-Pakaian yang mempamerkan hampir seluruh
anggota badan
-Tiada lagi bintang di langit
-Manusia hilang
-Bangunan tinggi
-Kemunculan Imam Mahdi
-kemunculan Dajjal
-Turunnya Nabi Isa (A.S)…
-Kemunculan Yakjuj Makjuj..
-Terbitnya matahari dari barat; dimana pintu
keampunan akan
ditutup
-Dab’bat al-Ard akan muncul dari tanah dan akan
memberi
tanda kepada Muslim yang sebenar.
-Kabus selama 40 hari.. yang akan membunuh
orang yg
benar2 percaya pada Allah agar mereka tidak lagi
perlu
menyaksikan tanda-tanda lain.
-Sebuah kebakaran yang besar (dahsyat)…akan
menyebabkan
kehancuran (kucar kacir)
-Kehancuran/kerosakkan Kaabah
-Hilangnya tulisan di dalam al-Qur’an.
-Sangkakala ditiup buat kali pertama; semua
haiwan dan
orang kafir akan mati dan semua gunung dan
bangunan akan
musnah.
-Sangkakala ditiup buat kali kedua; semua ciptaan
Allah akan
mati dan akan dihimpunkan di padang Arafat untuk
dihisab.
-Matahari akan menghampiri bumi…
Nabi Muhammad S.A.W. berkata,
‘Siapa sahaja yang menyebarkan berita ini kepada
orang lain,
akan aku tempatkan dia di dalam Jannah pada hari
pembalasan….
Mari kita lihat jika syaitan menghentikannya
(mungkin
bermaksud = menghentikan penyebaran mesej
ini)...
Ya Allah .. ....
..  ..................  ✌
KIAMAT SEMAKIN HAMPIR         
-Fitnah dajjal semakin teruk .         
-Muzik semakin brmaharajalela         
-Kemarau yg berpanjangan         
-Bumi semakin panas         
-Bumi berpusing semakin laju mengikut kajian masa         
-Prebutan kuasa antra pmimpin         
-Perang dnia ke-3 smakin hmpir         
-Puting beliung dh brlaku         
⇨NABI MUHAMMAD SAW bersabda : sesiapa yang menyebarkan perkara ini , akan aku sediakan tmptnya di syurga sewaktu penghakiman kelak .         
#UMAT ISLAM TOLONG KUATKAN IMAN ☜         . ::
Baca selagi kau belum butaa ,     
•Kenapa masjid.      semakin sunyi      ? sedangkan BBM , Facebook      , WLAN      , Warnet ,      Caffe, Karaoke ,      Discotik , tempat maksiat      semakin ramai ?
•Kenapa kita lebih senang membesarkan      nama ARTIS      ? Tapi sngt susah      utk membesarkan nama ALLAH     ? Fikirkan itu     .
•Apakah anda akn memforward pesan ini?
•Apakah anda akan mengabaikan pesan      ini kerana takut d'tertawakan      dengan yg lain?         
⇨ ALLAH berkata: "jika kamu menyangkal AKU di depan temanmu,maka AKU akan menyangkal kamu pada saat hari penghakiman     "
* Ada 2 pilihan untuk anda:
      Biarkan didalam hp anda      tanpa bermanfaat untuk orang lain
     Anda sebarkan pd semua kenalan          anda Ingatlah Allah melihat      apa yang anda lakukan         
#copy paste ya bukan susah kan   ...

KESAN BURUK PENAGIH TEKNOLOGI

"Adakah kita  tidak melihat perubahan dalam hidup kini setelah masuknya Whats App, Facebook, Instagram dan lain-lainnya dalam kehidupan kita?

Hal ini merupakan ghazwul fikri (perang pemikiran) yang menyerang akal, namun sangat sayang kita telah tunduk padanya dan kita telah jauh dari deen Islam yang lurus dan dari zikir kepada Allah Ta'ala.

Kita telah menjadi penyembah-penyembah dan penagih Whats App, Twitter, Facebook, Youtube, Instagram dan seangkatan dengannya.

Kenapa hati kita menjadi keras? Itu akibat seringnya kita melihat video yang mengasyik dan melalaikan dan juga kejadian2 yang di share di Whats App.

Banyak perkara pelik-pelik dan hiburan di sana sini yang melalaikan.

Hati kita kini mempunyai kebiasaan yang tidak lagi takut pada sesuatu pun. Oleh itu hati mula mengeras seperti batu.

Kenapa kita berpecah belah dan kita putus tali persaudaraan?

Kerana kini silaturrahim kita hanya melalui Whats App saja, seakan-akan kita bertemu di alam maya sahaja setiap hari.

Namun bukan begini tata cara bersilaturrahim dalam agama Islam. Kita bongkak dengan diri kita, teknologi di hujung jari kita ada.

Kenapa kita sangat sering mengumpat, padahal kita tidak sedang duduk dengan seorang pun.

Itu kerana saat kita mendapatkan satu message yang berisi ghibah (umpatan) terhadap seseorang atau suatu kelompok, dengan cepat kita sebar ke group2 lain.

Dengan begitu cepatnya kita mengghibah (mengumpat), sedang kita tidak sedar berapa banyak dosa yang kita dapatkan dari hal itu setiap hari.

Sayang sungguh, kita telah menjadi penagih teknologi ini.

Kita makan, handphone ada ditangan kiri kita. Kita duduk bersama teman-teman, HP ada di genggaman.

Suami-isteri tidak bertegur. Isteri lupakan kebaikan suami. Terlalu sibuk dengan handphone di tangan.

Berbicara dengan ayah dan ibu yang wajib kita hormati, akan tetapi hand phone ada di tangan pula.

Sedang memandu, HP juga di tangan. Hinggakan anak-anak kita pun telah kehilangan kasih sayang dari kita, kerana kita telah berpaling dari mereka dan lebih mementingkan handphone.

Aku tidak ingin mendengar seseorang yang memberi pembelaan pada teknologi ini. Kerana sekarang, jika sesaat saja HP kita tertinggal betapa kita merasa sangat kehilangan.

Adakah perasaan seperti itu ada juga pada ketika solat dan tilawatul Quran?

Adakah kita yang mengengkari hal ini? Dan siapakah yang tidak mendapatkan perubahan negatif dalam kehidupannya setelah masuknya teknologi ini pada kehidupan seseorang muslim dan setelah menjadi ketagih?

Demi Allah, siapakah yang akan menjadi teman kita nanti di kubur? Apakah Handphone?

Mari kita sama-sama kembali kepada Allah, jangan sampai ada hal-hal yang menyibukkan kita dari tanggungjawab dan agama kita.

Kita tidak tahu berapakah sisa-sisa umur kita.

Jangan disembunyikan nasihat ini, agar tidak menjadi seseorang yang menyembunyikan ilmu

SETIAP HARTA YANG DIJUMPAI DAN TIDAK DIKETAHUI PEMILIK TIDAK BOLEH KITA NIKMATI

Di dalam Islam, setiap harta yang dijumpai dan tidak diketahui pemilik tidak boleh kita nikmati sebelum melalui proses tertentu. Harta yang ditemui tanpa diketahui pemilik dinamakan ‘Luqatah’ di dalam ilmu Fiqh Islam.

Nabi menyatakan :
ﻣﻦ ﻭﺟﺪ ﻟﻘﻄﺔ ﻓﻠﻴﺸﻬﺪ ﺫﺍ ﻋﺪﻝ ﺃﻭ ﺫﻭﻱ ﻋﺪﻝ ﻭﻻ ﻳﻜﺘﻢ ﻭﻻ ﻳﻐﻴﺐ ﻓﺈﻥ ﻭﺟﺪ ﺻﺎﺣﺒﻬﺎ ﻓﻠﻴﺮﺩﻫﺎ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺇﻻ ﻓﻬﻮ ﻣﺎﻝ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﺰ ﻭﺟﻞ ﻳﺆﺗﻴﻪ ﻣﻦ ﻳﺸﺎﺀ

Ertinya : Barangsiapa yang menumpai sesuatu harta, maka wajiblah dia memaklumkannya ( bersaksi) dia menjumpainya kepada orang yang adil atau pihak berkuasa, tidak boleh sama sekali dia menyembunyikan dan menghilangkannya. Sekiranya dapat dijumpai pemiliknya wajiblah dia mengembalikan wang terbabit, jika gagal maka harta tadi adalah dikira milik Allah dan boleh disedeqahkan kepada sesiapa yang diingini.”
( Riwayat Abu Daud )

KEBAIKAN BUAH MORINGA

Aku bukan berniaga ubat. Cuma nak berkongsi apa yang aku tau dengan kawan-kawan.

Aku tanam pokok ubat untuk kegunaan sendiri. Tak pernah jual pun. Tapi bila tengok kawan-kawan yang terpaksa bayar duit ubat yang tinggi..aku share la.

Buah Moringa ni ada macam2 nama lain. Munggai, remunggai, kelo, murungaka..semua sama.

Kat market ada jual buah ni...tapi yang muda la.

Kalau ada tanam sendiri, biarkan buah tu tua dan warnanya nak bertukar dari hijau kepada coklat. Petik dan jemur.

Kalau buah tu kering dipokok, bijinya juga kering.

Selepas dua atau tiga hari dijemur...bergantung pada cuaca...belah buah moringa tu dan ambil bijinya.

Bijinya diselaput lapisan yang nipis. Buang dan ambil bijinya saja.

Kalau sugar level kita lebih 10, makan lah tiga biji sehari. Pagi, petang, malam. Bila dah drop kepada 6-8.. Makan sebiji sehari pun cukup.

Macam mana nak makan? Kunyah macam makan kacang goreng. Mula-mula sedikit pahit..lepas tu terasa lemak. Dah hancur, telan semua dengan meminum air. Jangan terkejut kalau air mineral yang kita minum tu terasa manis.

Bijii murah saja. Kadang2 tak masuk akal depa jual sampai beratus ringgit. Cuma, bila home-made tu, productionya tak la tinggi.

-fb mat saman kati -

APA RAHSIA ZUHUD MU DI DUNIA INI?

M  U  T  I  A  R  A     P A G I
=====================
Hasan Basri ditanya: Apa rahasia zuhudmu di dunia ini?

1. Aku tahu rizqiku tidak akan diambil orang lain, karena itu hatiku selalu tenang.

2. Aku tahu amalku tidak akan dikerjakan orang lain, karena itulah aku sibuk beramal shaleh.

3. Aku tahu ALLAH Ta'ala selalu memerhatikanku, karena itulah aku malu jika ALLAH melihatku sedang dalam maksiat.

4. Dan aku tahu kematian itu sudah menungguku, karena itulah aku selalu menambah bekal untuk hari pertemuanku dengan ALLAH........

              Sahabat2ku...

           Jangan tertipu
        dengan usia MUDA
        karena syarat Mati
         TIDAK harus TUA.

   Jangan terpedaya dengan
        tubuh yang SEHAT
       karena syarat Mati
       TIDAK mesti SAKIT

Jangan terperdaya dengan
         Harta Kekayaaan
                   sebab
    Si kaya pun tidak pernah 
     menyiapkan kain kafan
               buat dirinya
      meski cuma selembar.

      Mari Terus berbuat BAIK,
         berniat untuk BAIK,
     berkata yang BAIK-BAIK,
       Memberi nasihat yang   
        BAIK Meskipun TIDAK 
           banyak orang yang  
            mengenalimu dan
  Tidak suka dgn Nasihatmu

        Cukup lah  اللهِ yang
     mengenalimu lebih dari
           pada orang lain.

      Jadilah bagai JANTUNG
        yang tidak terlihat,
     tetapi terus berdenyut
     setiap saat hingga kita
terus dapat hidup, berkarya
     dan menebar manfaat
       bagi sekeliling kita
     sampai diberhentikan
              oleh-NYA
     
                Sahabat ku... sayang

"Waktu yang kusesali adalah
         jika pagi hingga
      matahari terbenam,
amalku tidak bertambah  sedikit pun,  padahal aku  
    tahu saat ini umurku berkurang"(Ibnu Mas'ud r.a)

KISAH MAT REMPIT MATI HIDUP SEMULA SELEPAS 3 HARI DIKUBURKAN

Insan Terpilih tersebut bernama Dawawi dari Perak yang ceritanya berlaku sekitar tahun 80-an dahulu. Diringkaskan cerita, Dawawi telah ditakdirkan Allah dengan pengesahan Hospital bahawa beliau telah meninggal dunia dengan asbab merempit.

Setelah dikebumikan selama 3 hari di dalam Kubur, setiap malam dalam 3 hari itu….Ibunya telah bermimpi anaknya Dawawi masih hidup dan merayu kepada Ibunya untuk digali semula kuburnya….Mungkin malam yang pertama bermimpi, Ibunya menganggap bahawa ia sekadar mainan tidur….

Setelah Tiga hari berturut-turut bermimpi yang sama, Ibunya menangis dan berkeras meminta Abg Arwah supaya mendapatkan Surat Perintah daripada Pihak Berkuasa untuk digali semula Kubur anaknya itu….Setelah segala urusan surat menyurat selesai dan setelah mendapat kelulusan daripada Pihak Berkuasa, maka tibalah hari yang penuh mendebarkan kepada seluruh orang kampung bagi menyaksikan urusan penggalian semula kubur “Arwah Dawawi”….

Semua yang berkenaan telah bersiap sedia di tepian kubur yang hendak digali, kiri kanan penuh dengan Polis, Doktor dan sebagainya….

Setelah penggalian bermula, tanah mula disodok sedikit demi sedikit….Dengan penuh mencemaskan….Masya-Allah….Astaghfirullah!…Sesungguhnya apa yang dijanji oleh Allah adalah benar….!

Mayat baru sahaja 3 hari, tetapi kain kapan yang membalut jenazah telah koyak rabak seperti dicarik-carik serta tubuh Dawawi dipenuhi kesan luka torehan…Luka bergarisan memanjang. bagai kesan dilibas sesuatu yang amat tajam dan lukanya dalam hingga nampak daging, namun tidak berdarah….

Dalam keadaan yang amat cemas tu….ada suara yang mengatakan Dawawi masih hidup lagi!….Itulah suara Doktor yang telah bersiap sedia di tepian kubur bagi menanti sebarang kemungkinan…..

Tanpa berlengah, Dawawi di bawa ke Hospital, 6 bulan Dawawi koma…Sebaik sedar, air matanya terus berjuraian….Matanya sentiasa berkaca……Rakan baik nya yang bernama Mus yang masih terkejut Dawawi yang “Hidup Semula” bertambah bimbang dengan kelakuan Dawawi yang banyak berdiam diri selepas kejadian tersebut…..Bagi Mus, Dawawi bertambah pelik kerana dia banyak termenung dan menangis serta selalu mendekatkan diri untuk belajar agama…(Sebelum ni merempit sahaja)..Dawawi yang dulunya jahat sudah bertukar menjadi baik….

Setelah setahun berlalu, Dawawi bersedia untuk bercerita tentang segala apa yang telah berlaku ke atas dirinya….Mus adalah antara salah seorang yang mendengar cerita Dawawi…

“Jika korang rasa apa yang aku telah rasa sewaktu ‘di sana’ dulu, sungguh korang takkan melakukan perkara yang mendatangkan dosa dalam hidup!”….Dawawi memulakan ceritanya….

Sewaktu Imam habis membaca Talkin di kuburnya dan semua telah beredar meninggalkan kubur….Dawawi mengatakan bunyi tapak kaki kamu semua yang meninggalkan kuburnya berdentum dan bergema sangat kuat sebanyak 7 kali bagaikan halilintar yang membelah bumi….Waktu tu Dawawi menutup kedua-dua belah telinganya….

Setelah bunyi tersebut menyepi…Bunyi Sretttttttttt!……..Sretttttttttt!…Seakan rantai besi yang diseret di atas lantai bergema…Dirinya betul-betul ketakutan waktu tu….Tiba-tiba dari hadapannya, 2 orang lelaki yang memakai serban dan berjubah putih, dengan membawa rantai besi sebesar lengan, besi itu sangat panjang sehinggakan penghujungnya tidak kelihatan…! Subhanallah….(Sayu hati saya membaca kisahnya)….

Dengan semua soalan yang telah “Bocor” sewaktu hidup di dunia ditanya kepada Dawawi, “MAN RABBUKA!”, “MANABIYYUKA!”, “MA DINIKA”, “MA KIBLATUKA!”, “MA IMAMUKA!”, “MA IKHWANUKA!”….Dawawi mengatakan tiada 1 pun soalan yang boleh dijawab olehnya….Beliau faham dengan soalan tersebut walaupun beliau tidak pernah tahu bahasa arab!…..

Dawawi dilibas dengan rantai besi tersebut sehinggalah apabila libasan berlaku, rantai besi tersebut terus melilit seluruh anggotanya…Subhanallah..!

Beliau menjerit dan berkata : “Tolong aku Ya Allah, Aku bertaubat! Ampunkanlah dosa aku!…. Hanya itu sahaja ratapannya waktu tu….Sehabis sahaja soalan tu, beliau tersedar bahawa beliau telah hanyut di dalam sungai…Dalam keadaan tidak bermaya, sekali lagi beliau mendengar bunyi seretan rantai besi sebesar lengan yang telah melibasnya sebentar tadi….

Hamba Allah yang berjubah tadi….Bertanya lagi : “MAN RABBUKA!”….Masih tidak boleh dijawap oleh Dawawi, maka dilibasnya lagi besi tersebut ke tubuh Dawawi…Setelah libasan tersebut, pandangannya gelap gelita, apabila sedar Dawawi mengatakan bahawa beliau telah terlantar di wad Hospital…..Subhanallah…!

Mus dan rakannya yang mendengar segala kisah Dawawi turut sama menangis bersama Dawawi….

Allah memberi peluang untuk Dawawi “Hidup Semula” sebagai peringatan dan tanda kesayangan Allah kepada Dawawi dan keseluruh Hamba-hambaNya termasuk lah kita….

Dawawi hanya “Hidup Semula” selama 3 Tahun, dalam waktu tu beliau tidak pernah mensia-siakan atau membiarkan harinya terbuang tanpa diisi dengan amal ibadah…..Katanya : “Aku takut jika aku mati lagi, amal ibadahku tidak cukup untuk membantu aku di sana….” Subhanallah!

Dawawi “Kembali Semula” pada Allah dalam tidur selepas menunaikan solat malam ketika menunggu tiba waktu Subuh…Umurnya ketika “Meninggal Dunia” kali pertama adalah 19 Tahun, dan kali keduanya “Meninggal Dunia” 3 Tahun selepas itu….

Cerita ini teramat memberi kesan kepada saya dek kerana mengenangkan umur yang Allah Taala beri ketika ini tidak banyak saya rasa digunakan untuk menuju ke jalan Allah….Lepas solat akan terngiang-ngiangla cerita seksaan Dawawi ini di pandangan hati saya…..

Marilah bermuhasabah diri dan semak semula amalan kita untuk dibawa menghadap pada Allah ketika nyawa dicabut nanti….Allah tak pilih kita untuk merasai pengalaman yang dirasai Arwah Dawawi, tapi Allah pilih kita untuk tahu dan mengambil iktibar tentang Kisah Arwah Dawawi….

Moga-moga menjadi pengajaran dan iktibar kepada semua serta dapat bertemu dengan Allah di Akhirat nanti dengan amal yang berkualiti….In Shaa Allah…

Perkongsian dari whatsapps

JANGAN RISAUKAN KATA-KATA ORANG, KERANA SETIAP ORANG MEMBACA DUNIA DENGAN PEMAHAMAN DAN PENGALAMAN YANG BERBEZA

Seorang pemuda kehilangan kasutnya di laut, lalu dia menulis di pinggir pantai...
LAUT INI PENCURI...

Tak lama datanglah nelayan yang membawa hasil tangkapan ikan begitu banyak, lalu dia menulis di pantai...
LAUT INI BAIK HATI...

Seorang pemuda tenggelam di lautan lalu ibunya menulis di pantai,
LAUT INI PEMBUNUH...

Tak lama datanglah Seorang lelaki yang menemukan sebongkah mutiara di dalam lautan, lalu dia menulis di pantai..
LAUT INI PENUH BERKAT...

Kemudian datanglah ombak besar dan menghapus semua tulisan di pantai itu !!!

Maka ...
JANGAN RISAUKAN KATA-KATA ORANG, KERANA SETIAP ORANG MEMBACA DUNIA DENGAN PEMAHAMAN DAN PENGALAMAN YANG BERBEZA.

Teruslah melangkah, selama engkau di jalan yang baik.

Meski terkadang kebaikan tidak sentiasa dihargai.

Jangan menjelaskan tentang dirimu kepada siapa pun, Kerana yang menyukai mu tidak perlu tahu tentang semua kebaikan yg kamu lakukan

Dan yang membenci mu tidak percaya tentang kebaikan yg masih ada pd dirimu.

Hidup bukan tentang siapa yang terbaik, tapi tentang siapa yang mahu berbuat baik dan sentiasa memperbaiki diri. Hari ini dan semalam adalah hari yg berbeza. Pintu taubat sentiasa terbuka untuk hambaNya.

Kita Bukan Siapa Siapa Untuk Menilai Siapa Siapa

Eratkan silaturahim, Walau sekadar doa.

Peringatan untuk diri sendiri juga..

KISAH PERUMPAMAAN DUIT SYILING YANG KERAP JATUH DI HADAPAN SEORANG LELAKI.

Wang syiling jatuh di hadapan seorang lelaki yang sedang asyik mambancuh simen.

Melihat logam kecil itu, tangan lelaki itu terhenti melakukan kerja. Tidak menunggu lama, tangannya segera mengutip syiling itu dan dimasukkan ke dalam poketnya.

Dia menyambung semula kerjanya.

Sekali lagi lelaki itu terpandang duit syiling tidak jauh dari sisinya. Lelaki itu menoleh ke kiri, kanan dan sekelilingnya. Tiada siapa yang berdekatan dengannya. Sekali lagi dia terus mengambil syiling itu dan menyimpan dalam koceknya.

Tidak lama kemudian, lelaki itu ternampak lagi duit syiling berdekatan dengannya. Pun sama, dia mengambil dan menyimpannya.

"Rezeki aku !" Kata lelaki itu dalam hati.

Lelaki itu tidak sedar, logam syiling itu sebenarnya dicampakkan oleh ketuanya dari aras lapan bangunan separuh siap yang mereka bina itu.

Sebenarnya, ketuanya mahu memanggilnya. Puas ketuanya menjerit daripada aras lapan, cuba memanggil lelaki itu yang berada pada aras paling bawah.

Namun, jeritan itu tidak mampu mengalahkan pelbagai bunyian mesin pembinaan di kawasan tersebut. Dek kerana itulah, ketuanya itu mencampakkan syilingnya dengan harapan lelaki itu akan mendongak melihatnya di atas.

Mudah-mudahan dapatlah dia menyampaikan pesanannya kepada pekerjanya itu.

Sayangnya, sehingga habis wang syilingnya dibaling ke bawah, lelaki itu masih belum jugak mendongak ke atas.

Lantas, ketuanya itu mengumpulkan serpihan batu kecil yg terdapat di lantai. Satu persatu batu kecil itu dibaling ke bawah. Beberapa kali batu itu mengenai badan lelaki itu.

Setelah merasa sakit, lelaki itu mendongak ke atas, melihat dari mana datangnya batu-batu kecil yang menyerang tadi.

Barulah dia ternampak kelibat ketuanya yang sejak tadi cuba mencuri perhatiannya bagi menyampaikan pesanan.

Sahabat sekalian, ALLAH sering menjatuhkan REZEKI (syiling), Rahmat atau kesenangan yang tidak terkira banyak kepada kita.

ALLAH menjatuhkan 'syiling' itu sebagai satu panggilan agar kita sentiasa mendongak ke atas untuk mengingati dan bersyukur dengan kurniaanNya.

Tetapi, acap kali kita lalai untuk 'mendongak' ke atas, sebaliknya terus menikmati pemberian-Nya tanpa ucapan syukur.

Seperti kisah ketua dan pekerja tadi, apabila jatuhan syiling tidak berjaya menarik perhatian, lalu dia jatuhkan pula 'batu' yang berupa musibah, kegagalan, keperitan dan pengalaman yang menyakitkan.

Dan hanya setelah kita merasa kesakitan itu, barulah kita teringat untuk mendongak, menadah tangan untuk bersyukur mengingati Yang Maha Pencipta kita.

Segala puji bagi ALLAH.

Untuk renungan kita bersama. 😊

Sabtu, 11 Mac 2017

LAMBANG PEREMPUAN SOLEHAH YANG MEWARISKAN KESOLEHANNYA KE DALAM RUMAHTANGGANYA.

| Kisah teladan |

Di sebuah masjid di perkampungan Mesir, suatu petang. Seorang ustaz sedang mengajarkan murid-muridnya membaca Al- Qur’an. Mereka duduk melingkar & berkelompok.

Tiba-tiba, masuk seorang anak kecil yang ingin menyertai di lingkaran mereka. Usianya kira-kira 9 tahun. Sebelum menempatkannya di satu kelompok, ustaz itu ingin tahu kemampuannya. Dengan senyumnya yang lembut, dia bertanya kepada anak yang baru masuk tadi, ” ada ayat yang kamu hafal dalam Al-Qur’an?”

“Ya,” jawab anak itu singkat.

”Kalau begitu, cuba bacakan salah satu ayat dari juz ‘Amma?‘ pinta ustaz.

Anak itu mengalunkan beberapa ayat, fasih & betul tajwidnya. Merasa anak tersebut mempunyai kelebihan, guru itu bertanya lagi,“Adakah kamu hafal surah Tabaraka?” (Al-Mulk)

Ya,” jawabnya lagi, & segera membacanya. Baik & lancar. Ustaz itu pun kagum dengan kemampuan hafazan si anak kecil itu,meski usianya lebih muda berbanding murid-muridnya yang ada. Dia pun cuba bertanya lebih jauh,

“Kamu hafal surat An-Nahl?”

Ternyata anak kecil itu menghafalnya dengan sangat lancar, sehingga kekagumannya semakin bertambah. Lalu ustaz itu pun cuba mengujinya dengan surah-surah yang lebih panjang.

“Adakah kamu hafaz surat Al-Baqarah?”

Anak kecil itu kembali mengiyakan dan membacanya tanpa sedikitpun kesalahan. Dan ustaz itu semakin teruja dengan pertanyaan terakhir,

“Anakku, adakah kamu menghafal Al-Qur’an ?”

“Ya,” jawabnya dengan jujur.

Mendengar jawapan itu, seketika ustaz itu mengucapkan, “Subhanallah wa masyaallah tabarakkallah”

Setelah hari itu menjelang maghrib, sebelum ustaz tersebut menamatkan kelas mengaji, secara khusus dia berpesan kepada murid barunya,”

Esok, kalau kamu datang ke masjid ini, tolong ajak juga ibubapa mu. Ustaz ingin berkenalan dengannya”.

Esok harinya, anak kecil itu kembali datang ke masjid. Kali ini dia bersama ayahnya, seperti pesan ustaz kepadanya. Melihat ayah dari anak tersebut, si ustaz bertambah kaget kerana gayanya tidak langsung seperti orang alim, kehormat & pandai. Belum sempat dia bertanya, ayah si anak sudah menyapa terlebih dahulu,

“Saya tahu, mungkin ustaz tidak percaya bahawa saya ini adalah ayah dari anak ini. Tapi rasa hairan anda akan saya jawab, sebenarnya disebalik anak kecil ini ada seorang ibu yang sekuat seribu lelaki.

Dirumah, saya masih mempunyai 3 anak lagi yang semuanya hafal Al-Qur’an. Anak perempuan saya yg kecil berusia 4 tahun, dan sekarang sudah menghafal juz Amma”.

“Bagaimana si ibu itu boleh lakukan itu?” tanya si guru tanpa boleh menyembunyikan kekagumannya.”

Ibu mereka, ketika anak-anak itu sudah pandai bercakap, si ibu membimbing anak kami menghafal Al-Qur’an dan selalu memotivasi mereka melakukan itu. Tak pernah berhenti dan tak pernah bosan. Dia selalu katakan kepada mereka,

“Siapa yang hafal lebih dulu, dialah yang menentukan makan malam ini,
“Siapa yang paling cepat mengulangi
hafalannya, dialah yang berhak memilih ke mana kita boleh bersiar – siar nanti,"

Itulah yang selalu dilakukan ibunya, sehingga tercipta semangat bersaing dan berlumba-lumba antara mereka untuk memperbanyak dan mengulang-ulang hafalan Al-Qur’an mereka,” jelas si ayah memuji isterinya.

Sebuah keluarga biasa yang boleh melahirkan anak-anak yang luar biasa. Hanya seorang ibu yang biasa. Setiap kita dan semua ibubapa tentu bercita-cita anak-anaknya menjadi generasi yang soleh, cerdas dan membanggakan. Tetapi tentu perkara itu tidak mudah. Apatah lagi membentuk anak-anak itu mencintai & mencintai Al-Qur’an. Memerlukan perjuangan, perlu kekuatan. Mesti tekun & sabar melawan rasa letih dan susah tanpa kenal batas.

Maka wajar jika si ayah mengatakan,”Disebalik anak ini ada seorang ibu yang kekuataanya sama dengan seribu lelaki.”

Ya, perempuan yang telah melahirkan anak itu memang begitu kuat & perkasa. Sebar membuat permulaan yang baik untuk kehidupan anak-anak, adalah tidak mudah. Hanya orang-orang yang punya kemahuan & motivasi yang boleh melakukannya. Dan tentu modal pertamanya adalah kesolehan diri. Tidak ada yang lain.

Ibu si anak cerdas ini, dia adalah lambang seorang perempuan solehah yang mewariskan kesolehannya ke dalam kehidupan rumah tangganya. Dialah contoh perempuan yang pernah diwasiatkan Rasulullah saw kepada kaum lelaki untuk mereka jadikan pendamping hidup diantara sekian banyak wanita.

Dengan menangggalkan keutamaan harta, kecantikan & keturunannya, seperti sabda Rasulullah saw, “Wanita dinikahi kerana 4 perkara : kerana hartanya, keturunannya, kecantikkannya, & agamanya. Maka pilihlah wanita yang taat beragama, nescaya engkau beruntung.”(HR.Bukhari & Muslim).

Perempuan yang kita tahu dalam cerita diatas, dia sebenarnya tidak memulakan kerja kerasnya ketika anak-anaknya baru belajar bercakap. Tidak. Tetapi jauh sebelum itu, tenaganya telah ditumpahkan untuk mengakrabkan mereka dengan bacaan-bacaan Al-Qur’an semasa mereka masih janin.

Dalam keadaan kehamilannya yang berat, ibu ni hampir setiap hari selalu meluangkan waktu untuk membaca Al-Qur’an memperdengarkannya janin yang ada dirahimnya, dalam keadaan berbaring, duduk/pun bersandar. Perjuangan itulah yang berat tapi itu pulalah yang kemudian memudahkan lidah anak-anaknya merangkai kata demi kata dari ayat-ayat Al-Qur’an, saat mereka sebenarnya baru mulai belajar bicara.

Semoga dari kisah diatas dapat kita ambil pelajaran & jadikan teladan.

UNTUK RENUNGAN KITA BERSAMA...

Seorang Supervisor yg telah berkhidmat 30 tahun di dalam sebuah syarikat 'property developer' ingin bersara dan mengemukakan surat permohonan kpd majikannya.

Pengarah syarikatnya bersetuju tetapi dgn syarat supervisor tersebut hendaklah menyiapkan satu lagi projek sebuah rumah.

Supervisor dengan berat hati bersetuju. Kerana tidak sabar untuk bersara cepat maka projek rumah tersebut dibuatnya dgn pantas tetapi tidak menjaga kualitinya.

Setelah siap rumah tersebut, terkejut si supervisor apabila dimaklumkan rumah itu sebenarnya adalah hadiah majikannya kepadanya.

Amat menyesal dalam hati supervisor tersebut kerana tidak di 'Design' rumah yg bakal didudukinya dengan sebaik mungkin.

Sebenarnya, inilah yg terjadi pada setiap dari kita.
Kita sekarang sedang 'Design' dan membangun di TEMPAT TINGGAL kita di akhirat kelak...

Kita beribadah untuk Allah tapi pahalanya untuk diri kita sendiri. Kerana Dia Maha Kaya dan sama sekali tidak memerlukan kita dan ibadah kita.

Sebaliknya kita yang sangat sangat memerlukan Allah. Sebenarnya dengan SOLAT dan IBADAH kita, kita sedang 'Design' dan membangun TEMPAT TINGGAL kita sendiri..

Jika kita designkannya dengan sambil lewa, maka tak sempurna kejadiannya.
Jika kita membangunnya dgn baik akan berbaloilah hasilnya.

Renungan Bersama...

TAHUKAH ANDA DI MANAKAH DOSA ANDA DILETAKKAN SEWAKTU ANDA BERSEMBAHYANG?

Sabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم :
" Sesungguhnya seorang hamba yang bersembahyang sedang dia membawa semua dosa kesalahannya diletakkan di atas kepala dan kedua bahunya. Setiap kali ia ruku' dan sujud maka berguguranlah dosanya itu".
( Riwayat at Tabarani dengan sanad yang sohih )

Hai !, mereka yang gopoh gapah dalam ruku' dan sujud, panjangkan sedikit ruku' dan sujud mu agar mampu gugurnya dosa anda.
Jangan terlepas ganjaran ini
jangan sembunyikan ilmu yang baik ,
anda akan beroleh ganjaran pahala..

Jumaat, 10 Mac 2017

RENUNGAN SEBELUM TIDUR

بسم الله الرحمن الرحيم

MENGAPA ORANG BAIK SELALU DI SAKITI ?

-Kerana orang baik selalu mendahulukan orang lain. Dalam ruang kebahagiaannya, dia tak menyediakan untuk dirinya sendiri, kecuali hanya sedikit.

MENGAPA ORANG BAIK SELALU DITIPU?

-Kerana orang baik selalu memandang orang lain jujur seperti dirinya. Dia tak mensisakan sedikit pun prasangka bahwa orang yang dia pandang penyayang mampu mengkhianatinya.

MENGAPA ORANG BAIK SELALU DIHINA?

-Kerana orang baik tak pernah diberi kesempatan membela dirinya. Dia hanya harus menerima, meski bukan dia yang memulakan hal.

MENGAPA ORANG BAIK SELALU MENITISKAN AIR MATA?

-Kerana orang baik tak ingin memberi kesedihannya. Dia terbiasa mengubati sendiri lukanya, Dan percaya bahwa suatu hari Allah kan mengganti kesedihannya.

MENGAPA ORANG BAIK TAK PERNAH MEMBENCI ORANG YANG MELUKAINYA?

-Kerana orang baik selalu memandang bahwa di atas semua, Allah-lah hakikatnya. Jika Allah mahu mengujinya, dia yakin Allah sentiasa melihat dan berada di samping nya... bagaimana dia akan membantah kehendak-Nya, sedang dirinya dicurahkan pahala yang melimpah ruah atas kesabarannya menahan sakit dan airmata....

Itu sebabnya orang baik tidak memiliki almari dendam dalam hatinya. Jika kau buka laci-laci di hatinya..akan kau temukan hanya Keredhoan Ilahi yg dicari...

BERSABAR LAH

SEMOGA ADA KEMANISAN NYA NILAI SABAR ANDA ITU..

*JANGAN TINGGAL SAYYIDUL ISTIGHFAR*

KENAPA BELI RUMAH KENA PAKAI PEGUAM BERBANDING BELI KERETA?

"Aku xtau apa fungsi peguam perumahan ni selain dari nak duit duit duit. Beli kereta ratus ribu pun xpayah peguam2. Beli rumah 180ribu sampai dua peguam nak kena bayar. Ni peguam dah call nak kena bayar strata la ape la. bayar itu la ini la." - Pembaca Siakapkeli

Kata-kata di atas adalah antara tohmahan yang sering dilemparkan kepada kami, peguam hartanah.

Telinga kami mungkin sudah tepu mendengar persepsi segelintir masyarakat terhadap kami. Biarlah, jika begitu persepsi segelintir mereka. Kami tidak mampu tutup mulut orang. Kerana kami percaya masih ramai lagi di luar sana yang memahami dan menghargai peranan kami dalam membantu melindungi hak dan kepentingan manusia.

Dalam posting ini saya tidak bercadang untuk menjawab secara spesifik tentang tohmahan di atas. Tetapi saya hanya ingin menjelaskan kenapa dalam sesuatu urusan jual beli hartanah, perlu bagi seseorang itu melantik peguam berbanding dalam urusan jual beli kenderaan.

1. Tempoh pinjaman beli kenderaan adalah lebih singkat berbanding tempoh pinjaman pembelian hartanah. Tempoh pinjaman kenderaan kebiasaannya adalah antara 5 hingga 9 tahun sedangkan tempoh pinjaman perumahan/ hartanah menjangkau sehingga 35 tahun.

Atas sebab ianya melibatkan tempoh pinjaman yang panjang, maka adalah perlu pihak-pihak dalam sesuatu urusan jual beli hartanah melantik peguam untuk melindungi hak dan kepentingan mereka sejak daripada awal transaksi lagi. Walau bagaimanapun sekiranya anda yakin anda mampu lindungi hak dan kepentingan anda sendiri, dan pihak bank juga yakin terhadap anda, anda boleh sahaja tidak lantik peguam.

2. Urusan jual beli kenderaan hanya melibatkan  3 pihak sahaja, iaitu penjual kenderaan, bank dan pembeli. Sedangkan dalam urusan jual beli hartanah, transaksi nya akan melibatkan banyak pihak termasuklah pembeli, penjual, bank penjual, bank pembeli, LPPSA, pejabat tanah, pejabat duti setem, majlis daerah, pihak berkuasa negeri dan sebagainya.

Adakah anda mampu berurusan dengan semua pihak tersebut untuk menyelesaikan urusan transaksi jual beli hartanah anda? Jika mampu, boleh sahaja anda tidak lantik peguam untuk mewakili anda dan anda boleh uruskan nya sendiri. Dipersilakan.

3. Urusan jual beli kenderaan hanya akan melibatkan satu peruntukan undang-undang sahaja iaitu Akta Sewa Beli.

Sedangkan dalam transaksi jual beli hartanah terdapat pelbagai undang-undang yang berkaitan dan terpakai, termasuklah Akta Kontrak, Kanun Tanah Negara, Akta Pemajuan Perumahan, Akta Hakmilik Strata, Akta Setem dan banyak lagi.

Oleh yang demikian mampukah anda memahami semua akta-akta tersebut? Jika jawapannya ya, bisa sahaja anda uruskan sendiri urusan jual beli hartanah anda. Boleh jimat duit, bukan?

4. Urusan jual beli kenderaan tidak akan melibatkan prosedur yang complicated. Semuanya telah disebut dengan terperinci satu persatu dalam Akta Sewa Beli.

Sedangkan prosedur urusan jual beli hartanah kadangkala agak complicated dan memeningkan. Peguam sendiri pun kadang kala sampai migrain hendak menyelesaikan masalah yang agak complicated tersebut.

Maka, jika anda sanggup dan mampu menyelesaikan kerumitan dalam urusan jual beli hartanah tersebut secara sendiri, silakanlah uruskan sendiri transaksi jual beli hartanah anda.

5. Urusan jual beli kenderaan tidak mengkehendaki dokumen-dokumen yang berkaitan ditandatangan di hadapan peguam sebagai saksi.

Tetapi dokumen urusan jual beli hartanah mengkehendaki ianya ditandatangani di hadapan peguam atau pegawai pejabat tanah. Sebagai saksi, peguam tersebut terpaksa berhadapan dengan liabiliti dan mereka juga akan dipanggil untuk memberi keterangan sebagai saksi di mahkamah kelak sekiranya terdapat apa-apa dispute melibatkan dokumen yang disaksikannya tempoh hari.

Maka sanggupkah anda menjadi saksi terhadap semua dokumen jual beli yang anda sendiri tandatangan.? Dan sanggupkah anda hadir ke mahkamah sebagai saksi untuk mengesahkan penyaksian terhadap dokumen yang anda sendiri tandatangan?

Jika sanggup, anda boleh sahaja sediakan perjanjian sendiri dan menjadi saksi kepada diri sendiri atas semua transaksi jual beli hartanah yang anda lakukan.

Dan jika terdapat sebarang perbalahan di kemudian hari anda sendiri lah yang perlu tanggung liabiliti dan hadir sendiri ke mahkamah memberi keterangan.

Dan apabila peguam telah mewakili anda dalam transaksi jual beli hartanah anda, sudah pastilah akan ada caj perkhidmatan dikenakan. Melainkan peguam tersebut adalah bapa atau ibu anda sendiri.

Sama juga sekiranya anda sakit, anda perlu berjumpa doktor untuk dapatkan rawatan. Dan sudah pasti anda akan dikenakan caj perkhidmatan terhadap rawatan dan ubat yang diberikan. Tetapi anda berhak untuk tidak berjumpa doktor sekiranya anda mampu merawat sendiri penyakit anda tersebut.

Oleh yang demikian, berdasarkan sebab-sebab di atas, adalah perlu untuk anda lantik peguam dalam sesuatu urusan jual beli hartanah. Bukan untuk orang lain, tetapi demi kebaikan diri anda sendiri juga.

Harap penjelasan ini dapat merungkai kekeliruan persoalan yang dibangkitkan oleh pembaca di atas. Itu pun bagi orang-orang yang ingin memahami. Jika masih tidak mahu faham, kami serahkan semuanya kepada Allah Taala.

Tiadalah daya, tiadalah upaya kami untuk memberi kefahaman kepada manusia, melainkan Dialah jua yang berkuasa atas segala-galanya.

Wallahuaklam.

Terima kasih,

Sumber: SALKUKHAIRI ABD SUKOR
Presiden
Persatuan Guaman Hartanah Malaysia (HartaGuam)

Khamis, 9 Mac 2017

PEMBELI SUDAH KENA BAYAR ANSURAN BANK. ADAKAH RUMAH TELAH JADI MILIKNYA?

1. Saya telah bayar tebus hutang loan penjual dan telahpun kena bayar ansuran bulanan dengan bank. Adakah rumah tersebut telah jadi hak saya? Boleh kah saya mintak masuk awal atau sewakannya kepada orang lain?

2. Soalan di atas selalu diajukan oleh pembeli rumah kepada para peguam apabila mereka telah mula kena  menjelaskan sebahagian ansuran bulanan bank, walaupun ketika itu keseluruhan urusan jual beli masih belum selesai lagi.

3. Mereka dikehendaki menjelaskan sebahagian daripada ansuran bulanan oleh pihak bank memandangkan pihak bank telah melepaskan (disburse) sebahagian daripada pinjaman untuk tujuan menjelaskan bayaran tebus hutang pinjaman perumahan penjual.

4. Sebenarnya, dari segi amalan guaman hartanah, walaupun pembeli telah terpaksa menjelaskan sebahagian daripada ansuran bulanan pinjaman kepada pihak bank, rumah tersebut MASIH BELUM menjadi milik pembeli secara rasmi.

Ini kerana pindah milik daripada nama penjual kepada nama pembeli masih dalam proses untuk didaftarkan oleh peguam.

5. Pembeli kena faham, setelah bayaran tebus hutang pinjaman perumahan penjual dibuat, terdapat beberapa peringkat proses lagi yang perlu dilalui sebelum pindah milik boleh didaftarkan kepada nama pembeli dan bank boleh melepaskan (disburse) keseluruhan pinjaman tersebut, seperti urusan menandatangani dokumen melepaskan gadaian, proses penyerahan geran asal daripada bank penjual kepada peguam, urusan duti setem pindah milik (adjudikasi) dan sebagainya.

6. Selepas pindah milik didaftarkan kepada nama pembeli dan gadaian juga telah didaftarkan atas nama bank, baru lah bank akan melepaskan (disburse) keseluruhan pinjaman tersebut kepada penjual/ peguam.

7. Di pihak bank pula, memandangkan mereka telah melepaskan (disburse) sebahagian daripada pinjaman tersebut, mereka berhak menuntut pembeli membuat bayaran sebahagian daripada  ansuran bulanan pinjaman. Perkara ini jelas dinyatakan dalam Surat Tawaran Pinjaman (LO) yang telah ditandatangani oleh pembeli dengan pihak bank. 

8. Di pihak penjual pula, memandangkan pindah milik belum didaftarkan dan mereka pun masih belum menerima sepenuhnya bayaran harga jual beli rumah tersebut daripada bank pembeli, penjual berhak untuk tidak menyerahkan milikan kosong rumah tersebut kepada pembeli.

9. Oleh yang demikian, pembeli masih belum boleh mendakwa yang rumah tersebut telah jadi haknya memandangkan urusan pindah milik dan bayaran baki harga jual beli masih belum dijelaskan sepenuhnya kepada penjual. Justeru, pembeli tiada hak untuk memasuki rumah tersebut atau bercadang ingin menyewakan rumah tersebut kepada pihak lain kerana rumah tersebut masih belum menjadi milik pembeli sepenuhnya.

10. Ini undang-undang dan amalan guaman yang perlu difahami oleh semua, sama ada mereka suka atau tidak. Semua orang yang beli rumah sub-sale inilah juga prosedur yang mereka akan lalui. Sama sahaja. 

11. Walau bagaimanapun, pembeli boleh berbincang dengan penjual untuk membenarkan mereka memasuki rumah tersebut lebih awal. Tetapi dengan syarat, sekiranya penjual bersetuju membenarkan pembeli memasuki rumah tersebut lebih awal, pembeli hendaklah menjelaskan bayaran sewa bulanan kepada penjual. Dan kedua-dua pihak perlu memasuki satu perjanjian sewaan secara rasmi dan pembeli hendakkah mematuhi prosedur sewaan biasa seperti membayar deposit sewaan, deposit utiliti dan sebagainya.

12. Walau bagaimanapun,  kemasukan awal tersebut tidak memberikan hak dari segi undang-undang kepada pembeli untuk melakukan sebarang renovasi terhadap rumah tersebut atau memberi sewa (sub-let) kepada pihak lain ataupun memindahmilikkannya pula kepada pihak lain, sehinggalah bayaran keseluruhan harga jual beli diterima oleh penjual daripada bank pembeli dan serahan milikan kosong telah dibuat secara rasmi kepada pembeli.

13. Jadi nasihat saya kepada para pembeli rumah sekalian, banyak banyak kan lah bersabar. Bayar sahajalah sebahagian ansuran bulanan tersebut dengan pihak bank. Dalam masa yang sama jika anda mahu selesai cepat urusan jual beli rumah tersebut, cuba tanya peguam anda bagaimanakah cara anda boleh bantu mereka untuk mempercepatkan urusan tersebut.

14. Itu lebih baik daripada anda marah-marah peguam anda atau setiap hari call dan tanya status kepada peguam anda, sedangkan anda sendiri tidak melakukan apa-apa (selain  daripada tindakan di atas) untuk bantu mempercepatkan urusan tersebut.

15. Dan janganlah memaksa penjual menyerahkan milikan kosong rumah tersebut kepada anda sekiranya penjual enggan berbuat demikian selagi mereka belum terima keseluruhan bayaran harga jual beli. Itu hak mereka yang perlu dihormati. Dan ianya dinyatakan dengan jelas dalam perjanjian jual beli. Sebaliknya, cubalah berbincang secara harmoni sebagaimana alternatif yang saya nyatakan di atas tadi.

16. Dan yang paling penting anda kena baca dan fahamkan terma-terma perjanjian jual beli yang anda telah tandatangan untuk mengelakkan salah faham yang boleh menyebabkan timbulnya perbalahan.

Terima kasih.

Sumber: SALKUKHAIRI ABD SUKOR
Presiden
Persatuan Guaman Hartanah Malaysia (HartaGuam)

PERBEZAAN ANTARA KERASUKAN DAN JUGA SIHIR

Assalamualaikum dan salam sejahtera pembaca sekalian,
Apa khabar? Semoga semuanya berada dalam keadaan sihat. Alhamdulillah, bertemu lagi kita dalam artikel saya terbaru.

Baiklah, dalam penulisan kali ini, saya akan kongsikan dengan anda apakah perbezaan diantara kerasukan dan juga sihir. Semoga artikel ini bermanfaat untuk bacaan anda.

Setiap orang terkena sihir, itu bermaksud yang dia telah mengalami kerasukan, tetapi tidak sebaliknya. Sebelum saya menerangkan perbezaannya, suka untuk saya jelaskan persamaan antara keduanya terlebih dahulu.

Persamaan diantara kerasukan dan sihir ialah:

1) Orang yang kerasukan dan sihir keduanya adalah disebabkan oleh masuknya makhluk jin ke dalam badan dan menguasai manusia tersebut.

2) Orang yang kerasukan dan juga sihir, mereka akan merasakan adanya gangguan jin secara umum.

3) Orang yang mengalami kerasukan dan juga sihir, tiada satu penawar pun yang paling mujarab melainkan dengan merawat secara kaedah ruqyah syar’iyyah. Kaedah ini adalah terbukti yang paling berkesan. Kalau ke hospital pun, dijamin mereka tidak mampu merawat dengan kaedah rawatan moden.

4) Kerasukan dan sihir boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Bahkan berdasarkan hadis yang sahih, Rasulullah sendiri pernah disihir. Dan kedua-duanya boleh memberikan kesan kepada tubuh badan, akal, hati, perasaan, harta, keluarga, sahabat, baik dalam perkara dunia mahupun akhirat.

5) Kadang-kadang, kerasukan dan sihir itu hanyalah hanyalah sangkaan sahaja dan khayalan yang tidak wujud. Sebahagian orang hanya merasakan mereka kerasukan atau terkena sihir.

Kesemua persamaan yang saya kongsikan di atas akan dapat dirasai apabila berlakunya kedua-dua gangguan, iaitu kerasukan dan juga sihir. Manakala perbezaan diantara keduanya pula ialah:

1) Berlakunya kerasukan kepada manusia adalah disebabkan oleh gangguan dari jin itu sendiri. Manakala sihir pula berlaku adalah disebabkan oleh persepakatan diantara tukang sihir yang merupakan syaitan dari kalangan manusia dan juga syaitan dari kalangan jin. Tetapi perlu diyakini di sini jika berlakunya sihir itu, ianya adalah dengan kehendak dan izin dari Allah semata-mata.

2) Dari pengalaman saya dalam bidang rawatan Islam ini, boleh dikatakan hampir semua kes sihir berlaku adalah disebabkan adanya perasaan dendam, iri hati, marah, dengki dengan kejayaan orang lain yang menyebabkan seseorang itu melakukan sihir ke atas saudaranya. Sedangkan kerasukan berlaku adalah disebabkan jin yang merasuk itu sendiri yang ingin membalas dendam, rasa cinta yang mendalam kepada manusia, atau jin itu sendiri sengaja ingin mempermainkan manusia.

3) Kadang-kadang sihir itu berlaku di atas keinginan dan kemahuan tukang sihir itu sendiri. Dan ada sesetengahnya pula, tukang sihir itu melakukan sihir kerana diupah oleh orang lain atas sebab-sebab tertentu.

4) Kebanyakan kes kerasukan berlaku dikalangan mereka yang lalai dan selalu melakukan maksiat kepada Allah sehingga jin mampu untuk masuk ke dalam badan manusia dan menguasainya. Manakala kes sihir pula boleh berlaku ke atas mereka yang rajin melakukan ibadah dan bertaqwa kepada Allah. Oleh kerana itu jugalah, dengan izin dari Allah, Rasulullah s.a.w sendiri pernah disihir.

5) Jika jin yang dihantar oleh tukang sihir menyuruh jin tersebut keluar, ada sesetengah kes jin itu akan keluar dan ada sesetengahnya tidak akan keluar. Ini kerana jin itu memang berkhidmat dengan tukang sihir dengan meletakkan syarat.
Tetapi berbeza jika jin itu merasuk manusia. Jin tersebut masuk ke dalam tubuh badan manusia atas kehendaknya sendiri. Sebab itulah bila anda terkena sihir, jangan sekali-kali mendapatkan rawatan dari bomoh (tukang sihir). Ini kerana bomoh tersebut hanya akan melakukan penipuan kepada anda.

6) Ada sesetengah kes, jin yang masuk ke dalam badan manusia bertujuan menyihir ingin keluar dari badan manusia tersebut, tetapi dihalang oleh tukang sihir dengan ancaman untuk membunuhnya atau dengan ancaman yang lain. Sehingga jin itu tidak dapat keluar, kecuali jika Allah menghendaki. Berbeza dengan jin yang merasuk manusia, ia bebas untuk keluar dari tubuh badan manusia itu mengikut kehendaknya.

7) Tahap gangguan jin terhadap manusia samada sihir atau kerasukan adalah berbeza-beza. Jin yang melakukan sihir akan melakukan apa yang disuruh oleh tukang sihir walaupun suruhan tersebut boleh menyebabkan kesakitan yang amat sangat. Tetapi berbeza dengan jin yang merasuk manusia. Samada gangguan tersebut ringan atau berat, ia akan melakukan mengikut kehendak dan kemahuannya sendiri.

Sebelum saya mengakhiri penulisan artikel ini, saya nak jelaskan sedikit tentang tersihirnya Rasulullah s.a.w yang dilakukan oleh Labid bin A’sham yang diriwayatkan dari hadis-hadis yang sahih, diantaranya yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dari hadis Aishah r.ha.

Namun perlu diketahui di sini bahawa sihir tersebut tidaklah sampai mempengaruhi akal baginda, dan tidak pula mempengaruhi pada wahyu yang diturunkan kepadanya, namun hanya mempengaruhi tubuh badan baginda, di mana baginda tidak mampu mendekati isterinya selama enam bulan.

PEMBELI JANGAN LUPA BUAT PERTUKARAN NAMA PADA 3 PERKARA INI SELEPAS URUSAN JUAL BELI RUMAH SELESAI

Selepas selesai urusan jual beli sesebuah rumah, ramai pembeli, khususnya pembeli yang baru kali pertama beli rumah, kadang-kadang terlupa dan terlepas pandang untuk membuat PERTUKARAN NAMA PADA 3 PERKARA berikut:

1. BIL UTILITI

Ramai pembeli yang lupa untuk membuat pertukaran nama pada rekod bil utiliti seperti bil elektrik, air dan indah water.

Sepatutnya, selepas selesai urusan jual beli, pembeli perlu pergi ke pejabat pembekal perkhidmatan utiliti seperti TNB, SBA dan IWK untuk membuat pertukaran rekod akaun perkhidmatan utiliti untuk rumah yang anda baru beli. Ini kerana dalam rekod pejabat pembekal utiliti, ianya masih lagi atas nama pemilik asal.

Ada dua cara anda boleh lakukan untuk membuat pertukaran rekod akaun tersebut:

A. Anda buka akaun baru untuk bil utiliti tersebut di mana anda perlu membuat bayaran deposit pembukaan akaun baru. Jumlah deposit yang perlu dijelaskan adalah mengikut jenis rumah. Selepas akaun baru dibuka, pemilik asal perlu membuat pembatalan akaun lama dan sebelum itu sekiranya terdapat tunggakan bil utiliti, pemilik asal hendaklah terlebih dahulu menjelaskan segala bayaran tunggakan tersebut. Selepas itu deposit untuk akaun asal tersebut akan dikembalikan kepada pemilik asal oleh syarikat pembekal perkhidmatan utiliti.

B. Anda boleh memohon untuk kekalkan akaun lama bil utiliti tersebut, tetapi hanya buat pertukaran pada nama pemilik sahaja. Cuma dalam kes sedemikian, anda perlu refund bayaran deposit pembukaan  akaun bil utiliti tersebut terus kepada pemilik asal kerana deposit pembukaan akaun tidak akan dikembalikan oleh syarikat pembekal perkhidmatan memandangkan akaun tersebut masih aktif.

2. CUKAI PINTU

Ramai yang terlepas pandang untuk buat permohonan pertukaran rekod cukai pintu.

Sebagai pemilik baru anda perlu pergi ke Majlis Daerah atau Majlis Perbandaran untuk membuat pertukaran nama dalam rekod cukai pintu.

Apa yang patut anda lakukan adalah anda perlu mengisi borang yang disediakan dan sertakan dokumen-dokumen seperti salinan kad pengenalan,  salinan SNP, salinan geran yang telah dipindahmilikkan kepada nama anda dan salinan bil cukai pintu terkini dan anda perlu membuat bayaran caj perkhidmatan yang sepatutnya.

Kemudian barulah nama anda akan dimasukkan sebagai pemilik baru dalam rekod cukai pintu.

C. BIL MAINTENANCE DAN SERVIS CAJ (SEKIRANYA RUMAH STRATA)

Perkara ini pun ramai pembeli yang terlepas pandang. Pembeli perlu memaklumkan kan kepada bahagian maintenance /JMB akan pemilik baru unit tersebut. Ini untuk membolehkan pihak pengurusan bangunan update rekod pemilik baru unit tersebut dan bil maintanecne dan servis caj akan diserahkan kepada pemilik baru.

Cuma masih ramai yang keliru tentang siapakah sebenarnya yang perlu bertanggungjawab membuat segala urusan pertukaran tersebut. Adakah penjual, pembeli atau peguam?

Tanggungjawab tersebut sebenarnya terletak kepada pembeli. Walau bagaimanapun ada sesetengah peguam menawarkan perkhidmatan tersebut bersekali dengan urusan jual beli. Namun, perkara tersebut bukanlah satu kewajipan kepada peguam.

Jadi lebih baik anda sahkan dengan peguam anda sama ada mereka yang akan uruskan urusan pertukaran nama tersebut atau anda perlu lakukannya sendiri.

Sekiranya peguam yang lakukan , biasanya mereka akan kenakan yuran guaman kepada anda untuk perkhidmatan tersebut. Jadi jika anda ingin jimat kos guaman, adalah disarankan anda lakukan sendiri urusan pertukaran tersebut, kerana ianya bukanlah sesuatu yang sukarpun untuk dilakukan. Cuma perlukan sedikit masa untuk menguruskannya.

Jika tidak, ianya akan memberi kesan kepada pemilik asal di mana segala bil perkhidmatan di atas akan diserahkan kepada pemilik asal dan masih atas nama pemilik asal. Kesannya, sekiranya ada tunggakan bil, pemilik asal yang akan dituntut oleh pihak-pihak di atas.

Jadi penting juga bagi pemilik asal untuk follow up dan sahkan dengan pembeli selepas urusan jual beli selesai sama anda pertukaran nama tersebut telah dibuat atau sebaliknya. Jangan bila sudah dapat wang jualan rumah,  anda lepas tangan sepenuhnya. Apa-apa jadi kelak, anda juga yang akan dipertanggungjawabkan.

Moga tulisan  ini dapat memberi peringatan kepada anda untuk menyelesaikan urusan pertukaran nama tersebut dengan segera  sebaik sahaja urusan jual beli selesai.

Terima kasih,

Sumber: SALKUKHAIRI ABD SUKOR
Presiden
Persatuan  Guaman Hartanah Malaysia (HartaGuam)

Rabu, 8 Mac 2017

CERITA PENGEMIS DAN ISTERI CANTIK...

Pada suatu hari, ketika sepasang suami isteri duduk makan diruang tamu, datang seorang pengemis berpakaian lusuh meminta belas kasihan mereka.

"Tolonglah encik, saya lapar, sejak semalam tidak menjamah sesuap nasi." Dengan muka bengis, si suami sambil menjeling isteri yang cantik terus menghalau dan menengking si pengemis itu.

Dalam hatinya berkata "Aku membina perniagaan hingga berjaya bukan untuk orang lain, tetapi untuk diri dan keluargaku." Si isteri tidak dapat berbuat apa-apa dengan sikap suaminya walaupun dalam hatinya ada niat untuk bersedekah.

Beberapa tahun kemudian, perniagaan si suami jatuh muflis dan dia menjadi miskin. Dia terus menceraikan isterinya kerana tidak mahu isterinya turut menderita sepertinya. Setahun kemudian, isteri yang masih cantik itu berkahwin pula dengan lelaki lain.

Pada suatu hari, sedang si isteri dan suami barunya mengadap makanan, tiba-tiba seorang pengemis mengetuk pintu sambil meminta belas kasihan. Mendengar rayuan pengemis itu si suami menyuruh isterinya menghidangkan sepinggan nasi berlaukkan seperti yang mereka makan.

Setelah memberi sepinggan nasi kepada pengemis itu, si isteri menangkup muka sambil menangis. Si isteri mengadu si pengemis itu sebenarnya adalah bekas suamiya yang dulu pernah menengking seorang pengemis.

Suami yang baru itu menjawab dengan tenang. "Demi Allah, sebenarnya akulah pengemis yang dihalau dan ditengking dulu!"..

P/s : Cerita ini memberi pengajaran bahawa hidup kita seperti putaran roda dan tidak selalunya diatas. Ada masa ketikanya kita akan turun kebawah dan naik semula atau sebaliknya..

JENIS-JENIS JIN - ( Kumpulan Jin )

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِِ 

"Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang"

 

JENIS-JENIS JIN - ( Kumpulan Jin ) 

Kumpulan-Kumpulan Jin

Jin juga seperti manusia yang inginkan nama dan keturunan dan hidup berpuak-puak. Puak dan kumpulan jin terlalu banyak dan bercakap dalam berbagai-bagai loghat dan bahasa. Ada sesetengah ulama membahagikan Jin kepada beberapa kumpulan, antaranya ialah :

- Kumpulan yang menunggu kubur
- Kumpulan yang menunggu gua
- Kumpulan yang menunggu mayat
- Kumpulan yang menunggu air mata air
- Kumpulan yang menunggu tasik, kolam, telok, kuala, pulau dan sebagainya

Pemimpin-Pemimpin Jin

Jin juga mempunyai pemimpin dan kerajaannya tersendiri. Antaranya ialah :

- Raja Jin Alam bawah yang kafir ialah seperti Mazhab, Marrah, Ahmar, Burkhan, Syamhurash, Zubai'ah dan Maimon.

- Empat Raja Jin Ifrit ( Jin yang paling jahat ) yang mempunyai kerajaan yang besar yang menjadi menteri kepada Nabi Allah Sulaiman a.s. ialah seperti Thamrith, Munaliq, Hadlabaajin dan Shughal.

- Raja Jin Alam atas yang Islam pula ialah Rukiyaail, Jibriyaail, Samsamaali, Mikiyaail, Sarifiyaali, 'Ainyaail dan Kasfiyaail.

- Raja Jin yang menguasai segala Jin tersebut bernama THOTHAMGHI YAM TA LI.

Manakala Malaikat yang mengawal kesemua Jin-Jin di atas bernama Maithotorun yang bergelar QUTBUL JALALAH.

Jenis-Jenis Jin 

Iblis bapa dan pujaan kepada semua jenis Jin, Iblis dan Syaitan.

Asy-Syaitan

- Syaitan-Syaitan Al-Maraddah - Peragu-peragu ( was-was )

- Al-Afrit - Penipu-penipu

- Al-A'waan - Pelayan-pelayan

- Al-Tayaaruun - Penerbang-penerbang

- Al-Ghawwaasuun - Penyelam-penyelam

- At-Tawaabi - Pengikut-pengikut ( pengekor )

- Al-Qurana - Pengawan-pengawan

- Al-Ummaar - Pemakmur.

Anak-anak Iblis Yang Mempunyai Kerajaan Yang Besar 

Thubar - Merasuk manusia yang ditimpa musibah dan bala.

Daasim - Merasuk manusia untuk menceraikan ikatan siratulrahim, rumahtangga, keluarga sahabat-handai, jemaah dan sebagainya.

Al-'Awar - Merasuk manusia supaya meruntuhkan akhlak, berzina, minum arak, liwat, berjudi dan sebagainya.

Zalanbuur - Merasuk manusia dengan api permusuhan dan pembunuhan. 

 

JENIS-JENIS JIN - ( Gelaran-Gelaran Jin ) 

Gelaran-Gelaran Jin Dalam Istilah Orang Melayu

Jin menurut orang-orang Melayu mempunyai beberapa nama dan gelaran menurut perwatakan dan rupa bentuk penjelmaan mereka. Kebanyakan nama Jin-Jin itu dimulai dengan hantu. Hantu-hantu tersebut sebenarnya adalah terdiri daripada golongan Jin, cuma di kalangan orang Melayu, menganggap hantu itu adalah makhluk yang berbeza daripada Jin. Antara Jin-Jin yang popular di kalangan masyarakat Melayu ialah :

(a.) - Hantu Raya
(b.) - Hantu Toyol
(c.) - Hantu Pelesit
(d.) - Hantu Kubur
(e.) - Hantu Jerangkung
(f.) - Hantu Galah
(g.) - Hantu bungkus
(h.) - Hantu Bidai
(i.) - Harimau Jadian
(j.) - Hantu Pontianak
(k.) - Hantu Langsuir
(l.) - Hantu Air
(m.) - Hantu Pari
(n.) - Hantu Laut
(o.) - Jin Tanah
(p.) - Hantu Pochong
(q.) - Hantu Pari-Pari
(r.) - Jembalang Tanah
(s.) - Hantu Polong
(t.) - Harimau Penanggal
(u.) - Hantu Bukit
(v.) - Hantu Punjut
(w.) - Hantu Bawah Tangga
(x.) - Hantu Kum-Kum
(y.) - Hantu Mati Dibunuh
(z.) - Hantu Kopek ( Tetek )
(zz) - Hantu Tengelong

Mukhannats Adalah Anak Jin Atau Syaithan

Ketahuilah, apabila seorang lelaki mencampuri isterinya ketika sedang haid, maka syaitan mendahuluinya. Ketika si isteri hamil dan melahirkan, maka yang lahir itu adalah al-mukhannats, iaitu anak-anak jin. Nuthfahnya akan rosak, bahkan boleh membuat si lelaki dan perempuan itu menderita penyakit. Sesungguhnya Allah s.w.t. melarang kita untuk mencampuri isteri-isteri kita yang sedang haid. Barangsiapa melakukan itu, dialah yang bertanggungjawab terhadap akibatnya, dan lebih dari itu dia pulalah yang akan menerima akibatnya jika dari hubungan tersebut lahir mukhannats. Rasanya, itu adalah balasan yang setimpal belaka.

 

9 Anak-Anak Syaithan Yang Lainnya. 

ZALITUUN : Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat. Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.

WATHIIN : Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.

A'AWAN : Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

HAFFAF : Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang berada di tempat-tempat maksiat ( i.e. disko, kelab malam & tempat yang ada minuman keras )

MURRAH : Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yang sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour etc.

MASUUD : Duduk dibibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan segala apa sahaja penyakit yang mula dari kata-kata mulut.

DAASIM ( Berilah Salam sebelum masuk ke rumah ) : Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumahtangga. (suami-isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan perbagai bentuk kemusnahan rumahtangga).

WALAHAAN : Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwudhuk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yang lain.LAKHUUS : Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api dan matahari.

ALKISAH SEEKOR TIKUS DAN SAHABAT-SAHABATNYA.

Sang Tikus melihat daripada satu lubang tepi rumah untuk lihat petani dan isterinya sedang membuka satu bungkusan…

“Apa makanan dalam kotak ini?” fikir si tikus tersebut yang sedang kelaparan.

Sang Tikus terkejut melihat apa yang dikeluarkan petani dan isterinya adalah perangkap tikus!

Sang Tikus yang ketakutan balik ke kandang memberitahu kawan-kawannya, “Ada satu perangkap tikus dalam rumah Pak Ali! Ada satu perangkap tikus!”

Ayam yang sedang tidur, bangun dan menaikkan kepalanya lalu berkata, “Sang Tikus, aku tahu ini ialah masalah besar untuk kau, tapi ini tak ada kena mengena dengan aku… Aku tak kisah pun, jangan kacau tidur aku.”

Kecewa, Sang Tikus pun mencari Sang Kambing yang juga rakan karibnya untuk memberitahu berita perangkap tikus.

“Ada perangkap tikus di rumah Pak Ali! Ada perangkap tikus di rumah Pak Ali,” kata Sang Tikus.

Sang Kambing melihat Sang Tikus dengan mata tak bermaya lalu berkata, “Maafkan aku Sang Tikus. Aku tak boleh berbuat apa-apa selain berdoa. Aku akan pastikan kau sentiasa dalam doaku.”

Kecewa lagi, Sang Tikus pergi berjumpa dengan Sang Kerbau dan berkata, “Ada perangkap tikus di rumah Pak Ali! Ada perangkap tikus di rumah Pak Ali” dengan harapan Sang Kerbau akan mengambil peduli masalah yang dihadapinya.

Sang Kerbau berkata,”WOW, Sang Tikus. Aku simpati pada kau, tapi perangkap itu, kulit aku pun tak terasa kalau terpijak.”

Sang Tikus pun balik ke rumahnya, kecewa dan sedih untuk menghadapi perangkap tikus itu bersendirian tanpa rakan-rakan di kandangnya.

Malam tersebut juga, Sang Tikus terdengar bunyi “PAPP!” seolah-olah perangkap tikus itu telah mendapat mangsanya yang pertama.

Sang Tikus pergi menjenguk di lubang yang sama. Ketika tiba di sana, Sang Tikus terlihat kaki isteri Pak Ali berdarah dan Pak Ali sedang merawatnya. Kelihatan di perangkap tikus itu ialah bangkai seekor ular berbisa yang ekornya terkena perangkap tikus.

Isteri Pak Ali rupanya bergegas ke dapur untuk melihat hasil tangkapan perangkap tikus dan sebaik saja tiba ular berbisa itu yg terkena perangkap itu terus mematuk kaki isteri Pak Ali.

Pak Ali bergegas membawa isterinya ke hospital, dan beberapa hari kemudian isterinya diarahkan pulang.

Isteri Pak Ali masih tidak sembuh, dan terkena demam panjang. Ada orang kampung memberitahu sup ayam bagus untuk merawat demam – maka Pak Ali telah menyembelih Sang Ayam untuk membuat sup untuk isterinya.

Tapi kerana isteri Pak Ali masih tidak sembuh, ramai sanak-saudara yang datang menjenguk ulang-alik menjaga isteri Pak Ali – Pak Ali menyembelih Sang Kambing untuk memberi makan kepada mereka sebagai tanda penghargaan.

Akhirnya, isteri Pak Ali sembuh. Pak Ali kegembiraan dan mengadakan kenduri kesyukuran dan menyembelih Sang Kerbau untuk menjamu seluruh kampung.

Sang Tikus melihat semua ini terjadi dengan penuh kesedihan.

Wahai kawan2ku,
Beringatlah lain kali, apabila terdengar seseorang sahabat mempunyai masalah, jangan memandang remeh kerana masalah itu tiada kaitan dengan kamu… Bumi ini bulat dan semuanya berkait dalam satu roda - semua yang Allah inginkan kamu bertemu ada tujuannya termasuklah sahabat yang mempunyai masalah ini.

Bila sahabat datang dengan masalah, bantulah dia setakat mampu – jangan tidak mengendahkannya, mesti ada sebab Allah mengutuskan kamu bertemu dengan sahabat tersebut pada waktu terdesak. Sekurang-kurangnya pun berilah kata-kata semangat.

Demi Allah, berilah bantuan – usah anggap bantuan adalah untuk sahabat, anggaplah bantuan itu sebagai menunaikan amanah yang diberikan Allah untuk mendapat pahala ke akhirat.

TENTANG SAKIT

Suatu hari Rasulullah  SAW kedatangan seorang bapak dan anak gadisnya. Bapak tersebut meminta Rasulullah SAW untuk menikahi anak gadisnya dan mengatakan bahwa anak gadisnya merupakan anak yang sangat luar biasa dimana anaknya sejak kecil sampai sekarang tidak pernah sakit

Rasulullah SAW tersenyum dan beliau diberitahu oleh Malaikat Jibril untuk menolaknya karena *tidak ada kebaikan* dalam diri anak gadis itu.

Sungguh luar biasa makna dari sakit, ternyata dengan datangnya penyakit pada diri kita itu mendatangkan berbagai kebaikan.
Bahkan sebagian ulama mengatakan orang yang sedang sakit dipastikan orang tersebut sedang dicintai Allah...

Sakit kalau kita sikapi dengan positif:

✅~ *Sakit itu "Zikrullah"*

Orang yang sedang sakit akan lebih sering menyebut Asma Allah dibandingkan ketika dalam sehatnya.

✅~ *Sakit itu "Istighfar"*

Orang yang sedang sakit akan teringat dosa-dosa yang pernah diperbuat, sehingga lisan akan terbimbing untuk selalu beristigfar dan memohon ampunan kepada Allah.

✅~ *Sakit itu "Tauhid"*

Bukankah saat sedang hebat rasa sakit, kalimat thoyyibah yang akan terus digetar?

✅~ *Sakit itu "Muhasabah"*

Orang yang sedang sakit akan punya lebih banyak waktu untuk merenungi diri, menghitung-hitung bekal apa yang telah dikumpulkan untuk kembali menghadap Illahi.

✅~ *Sakit itu "Jihad"*

Orang yang sedang sakit tidak diperbolehkan hanya pasrah akan tetapi diwajibkan terus berusaha dan berikhtiar untuk mencapai kesembuhan.

✅~ *Sakit itu "Ilmu"*

Bukankah ketika sakit, kita akan memeriksa, berkonsultasi dan pada akhirnya merawat diri utk berikutnya ada ilmu untuk tidak mudah kena sakit.

✅~ *Sakit itu "Nasihat"*

Orang sakit mengingatkan yang sehat untuk jaga diri. Yang sehat menghibur yang sakit agar mau bersabar.
Allah cinta dan sayang keduanya.

✅~ *Sakit itu "Silaturrahim"*

Saat jenguk, bukankah keluarga yang jarang bertemu akhirnya datang membesuk, penuh senyum dan rindu mesra? Karena itu pula sakit adalah perekat ukhuwah.

✅~ *Sakit itu "Penggugur Dosa"*

Orang yang sedang sakit sesungguhnya dia sedang dicintai sang Pencipta sekaligus sedang diberi ujian..tentu kalau diterima dengan sabar dan tawaqal akan merontokan dosa-dosa.

✅~ *Sakit itu "Mustajab Do'a"*

Sesungguhnya doa orang yang sedang sakit mustajab, maka saat kita menengok yang sakit disamping kita mendoakan maka mintalah doanya.
Imam As-Suyuthi  selalu keliling kota mencari orang sakit lalu beliau minta dido'akan.

✅~ *Sakit itu salah satu keadaan yang "Menyulitkan Syaitan"*

Orang yang sedang sakit diajak maksiat tak mampu dan tak mau. Dosa yang lalu disesali dan mohon ampunan.

✅~ *Sakit itu membuat "Sedikit tertawa dan banyak menangis"*

Satu sikap ke-Insyaf-an yang disukai Nabi dan para makhluk langit.

✅~ *Sakit meningkatkan kualitas "Ibadah"*

Rukuk - Sujud lebih khusyuk,
Tasbih - Istighfar lebih sering,
Bermunajat - Do'a jadi lebih lama.

✅~ *Sakit itu memperbaiki "Akhlak"*

Kesombongan terkikis, sifat tamak dipaksa tunduk, pribadi dibiasakan santun, lembut dan tawadhu'.

✅~ Dan pada akhirnya *"SAKIT"* membawa kita untuk selalu ingat akan *"KEMATIAN"*

TERHARU TAPI GITULAH REALITINYA

Mesej yg menyentuh hati dari seorang wanita....

■ Saya bekerja 24 jam sehari..
■ Sayalah ibu...
■ Sayalah isteri...
■ Sayalah anak perempuan..
■ Sayalah menantu...
■ Sayalah jam loceng..
■ Sayalah tukang masak...
■ Sayalah pembantu rumah...
■ Sayalah guru...
■ Sayalah pelayan..
■ Sayalah nenek...
■ Sayalah jururawat..
■ Sayalah jurukamera..
■ Sayalah pengawal keselamatan..
■ Sayalah kaunselor..
■ Sayalah selimut...
📝saya x ada percutian
📝saya x ada cuti sakit
📝saya x ada cuti harian
📝saya bekerja siang malam
📝saya sentiasa 'on call'
Dedikasi untuk semua wanita.

Wanita adalah karakter yg paling unik umpama garam 💋

Adanya dia tidak diingati. Tiadanya dia menyebabkan segalanya menjadi tawar!!
Hantarkan mesej ini kepada semua wanita tersayang ❤ 
   
SELAMAT HARI WANITA SEDUNIA
😘😘😘😘😘💃💃💃💃
💛💙💜💚❤💗💓
😘😘😘😘😘
        
8march

Isnin, 6 Mac 2017

SERATUS SUNNAH NABI S.A.W DALAM KEHIDUPAN.

Terdapat begitu banyak sunnah yang boleh diamalkan sebagai kecintaan kita kepada Rasulullah ﷺ, berikut adalah antara 100 sunnah tersebut :

1-Tidur Dalam Keadaan Berwuduk
2- Baca surah Ikhlas, Al-Falak dan An-Nas Sebelum Tidur
3- Takbir dan Tasbih Ketika Tidur
4- Berdoa Ketika Terbangun Dari Tidur Waktu Malam
5-Doa ketika Bangun Daripada Tidur
6- Berkumur dan Menghisap Air Ke Dalam Hidung Dari Satu Cedukan Sebelah Tangan
7- Berwuduk Sebelum Mandi
8-Baca Doa Selepas Wuduk
9-Jimat Penggunaan Air
10- Selepas Wuduk Sembahyang Dua Rakaat
11-Menjawab Seruan Azan
12- Banyak Bersugi
13- Ke Masjid Awal
14- Pergi Ke Masjid Berjalan Kaki
15- Hadir Sembahyang Dengan Tenang
16- Doa Ketika Masuk Dan Keluar Masjid
17- Sembahyang Berhadang
18- Duduk Atas Dua Tumit Yang Didirikan Ketika Duduk Antara Dua Sujud
19-Duduk Atas Lantai Dengan Mendirikan Kaki Kanan Ketika Duduk Tahyat Akhir
20- Banyakkan Berdoa Setelah Tahyat Akhir Dan Sebelum Beri Salam
21- Melakukan Sembahyang Sunat Rawatib
22- Sembahyang Dhuha
23-Qiyamullail
24- Sembahyang Witir
25- Sembahyang Dengan Beralas Kaki
26- Sembahyang Di Masjid Quba’
27- Sembahyang Sunat Di Rumah
28-Sembahyang Istikharah
29-Duduk Di Tempat Sembahyang Selepas Sembahyang Subuh Hingga Terbit Matahari
30- Mandi Hari Jumaat
31- Hadir Awal Untuk Sembahyang Jummat
32- Mencari Masa Mustajab Doa Hari Jumaat
33- Pergi Dan Balik Sembahyang Raya Dengan Jalan Berbeza
34- Sembahyang Jenazah
35- Ziarah Kubur-kubur
36- Sahur (Puasa)
37- Segera Berbuka Puasa
38-Menghidupkan Ramadhan
39- Iktikaf Pada Bulan Ramadhan
40- Puasa Sunat Enam Hari Dalam Bulan Syawal
41- Puasa Tiga Hari Setiap Bulan
42- Puasa Hari Arafah
43- Puasa Hari Asyura
44- Pilih Seorang Ketua (Musafir)
45- Takbir Ketika Melalui Tempat Tinggi Dan Tasbih Ketika Menuruni Tempat Rendah
46- Doa Ketika Singgah Sesuatu Tempat
47- Terlebih Dahulu Ke Masjid Apabila Balik Dari Musafir
48- Doa Ketika Pakai Baju Baru
49- Mula Dengan Kaki Kanan Apabila Pakai Alas Kaki
50- Baca Bismillah Ketika Makan
51- Ucap Al-Hamdulillah selepas Makan
52- Minum Dalam Keadaan Duduk
53-Berkumur Dengan Susu
54- Tidak Mencela Makan
55- Makan Dengan Tiga Jari Tangan Dan Menjilat Jari Itu Apa Bila Selesai Makan
56- Minum Dan Berubat Dengan Air Zam-Zam
57- Sarapan Terlebih Dahulu Sebelum Pergi Sembahyang Raya Fitri
58- Banyak Membaca Al-Quran
59- Baca Al-Quran Dengan Suara Yang Bagus
60- Zikir Kepada Allah Setiap Ketika
61- Bertasbih
62- Mendoakan Orang Yang Bersin
63- Doa Untuk Pesakit
64- Meletak Tangan Pada Tempat Sakit Serta Doa
65-Berdoa Ketika Mendengar Ayam Berkokok
66-Berdoa Ketika Hujan Turun
67- Baca Zikir Ketika Masuk Rumah
68-Baca Zikir Dalam Majlis
69- Berdoa Ketika Hendak Masuk Tandas
70- Berdoa Ketika Angin Bertiup
71- Doa Untuk Muslimin Yang Tidak Bersama
72- Berdoa Ketika Mendapat Musibah
73- Menyebarkan Salam
74- Menuntut Ilmu
75- Meminta Izin sebelum Masuk Tiga Kali
76- Tahnik Mulut Anak Yang Baru Lahir
77- Akikahkan Anak
78- Singkap Sebahagian Badan Agar Kena Hujan
79- Melawat Pesakit
80- Senyum
81- Ziarah-Menziarahi Kerana Allah
82- Nyatakan Kecintaan Apabila Cinta Terhadap Seseorang
83- Tutup Mulut Apabila Menguap
84- Sangka Baik Terhadap Manusia
85-Membantu Keluarga Dalam Kerja Rumah
86- Sunnah Fitrah
87- Menjaga Anak Yatim
88- Menjauhi Marah
89- Menangis Kerana Takut Terhadap Allah
90-Bersedakah Jariah
91- Membina Masjid
92-Telorensi Ketika Berjualbeli
93- Menghilang Gangguan Jalan
94-Sedekah
95- Banyak Melakukan Amal Sholeh Pada 10 Zulhijjah
96- Membunuh Cicak
97- Larangan Mencerita Dari Semua Perkara Yang Didengari
98- Memberi Nafkah Keluarga
99- Lari-lari Anak Semasa Tawaf
100- Beramal Sholeh Berterusan Walaupun Sedikit..

Andai dapat dibuat semua sunnah di atas adalah suatu yang amat baik, jika tidak… buatlah pilihan daripada 100 sunnah itu dan cubalah amalkan secara istiqamah…

Daripada Amru bin Auf radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah ﷺ bersabda,

“Sesiapa menghidupkan sunnahku, kemudian (sunnahku tersebut) diamalkan oleh orang lain, maka baginya pahala seumpama pahala orang yang mengamalkannya tanpa berkurangan sedikitpun dari pahala-pahala mereka. Sesiapa yang berbuat bid’ah, kemudian perbuatannya tersebut diikuti oleh orang lain, maka baginya dosa dan dosa-dosa orang yang melakukannya tanpa terkurang sedikitpun dari dosa-dosa mereka.” (Sahih Ibnu Majah.0174)

.

والله أعلم بالصواب

Wallahu A’lam Bish Shawab

(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)
.

وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه