Selasa, 14 Februari 2017

BAGAiMANA JiKA BERLAKU KEMATiAN MENGEJUT Di DALAM RUMAH KiTA...Di TENGAH MALAM?



Simpan info berguna ini...perkongsian 'ilmu yg SANGAT berguna jika berlaku kematian di rumah kita...

SUDUT 'ILMU


BAGAiMANA JiKA BERLAKU KEMATiAN MENGEJUT Di DALAM RUMAH KiTA...Di TENGAH MALAM ?


AsSalamualaikum wbt...

Bismillah...

INGAT...!!!


Jangan meratap Merintih atau Meratap...uruskanlah JENAZAH dengan :


1. Jangan Cemas.


2. Bahagikan tugasan kepada isi rumah, ada yg bertugas memberi makluman dan ada yg bertugas menguruskan JENAZAH.


3. Maklumkan (beritahu) kepada ajk masjid/surau terdekat. InsyaAllah... pihak masjid/surau akan membantu uruskan JENAZAH. (mesti) simpan no telefon ajk masjid/surau.


4. Uruskan JENAZAH SEGERA sebab tubuhnya masih hangat suhunya dan masih mudah dan ringan utk diuruskan. 


1 JAM... JASAD JENAZAH AKAN KAKU

Jangan biarkan JENAZAH tidak diuruskan kerana menunggu orang lain akan datang menguruskannya keesokan hari.

INGAT...!!!

Pengurus JENAZAH hanya menguruskan mandi, kapan dan urusan di masjid sahaja !

Hal yang WAJiB bagi  Waris (ahli keluarga) yg uruskan.

-Letakkan JENAZAH di atas toto atau kain tebal yg dilapisi plastik atau kain.
-Lepaskan baju JENAZAH dgn cara: 
mengguntingkan keseluruhan bajunya (ingat sentiasa menjaga aurat JENAZAH)

INGAT...!!!

Uruskan dgn lembut dan tertib, jgn tergopoh-gapah, perlahan-lahan dan jgn menyakiti JENAZAH.

-Ambil kain lembut ukuran kecil, air hangat dan  sabun. Sapukan (usapkan) kain yg dibasahkan dgn air suam (hangat) dan sedikit sabun...bersihkan keseluruhan tubuh JENAZAH. Pastikan dibersihkan bahagian kemaluannya !


Pastikan BUANG (Jika Ada...!!!) :

- pad (pembalut wanita) 
- pampers
- kotoran air besar

Tanggalkan /Lepaskan (Jika Ada...!!!) :

- gigi palsu
- perhiasan yang melekat di tubuh badan JENAZAH. Jika cincin susah dilepaskan, letakkan sedikit minyak.

Bersihkan telinga dgn putik kapas. Kukunya pastikan dibersihkan dgn kayu pencungkil gigi. 


INGAT...!!!


JANGAN MEMOTONG KUKU, MENYiKAT (MENYiSiR) RAMBUTNYA dan MENGGUNTiNG RAMBUTNYA.


* Setelah sudah memastikan bersih, tutupi JENAZAH dgn kain...


SEDIAKAN...!!!


-Minyak (Jika ada sebaiknya menggunakan minyak zaitun).


* Sapukan(usapkan) minyak di kelopak mata JENAZAH utk melembutkan kemudian cuba rapatkan mata JENAZAH, jika masih terbuka.


* Sapukan (usapkan) juga minyak ke bahagian tangan. Usapkan sedikit minyak di kedua-dua siku untuk lembutkan kemudian letakkan kedua-dua tangan di atas perut.


* Letak sesuatu yg agak berat sikit seperti gunting besi dan letakkan di atas perut JENAZAH supaya perut tak membesar dan tak masuk angin.


INGAT...!!!


JANGAN MELETAKKAN AL-QUR'AN Di ATAS PERUT JENAZAH.


* Kelopak mata, jika susah nak tutup...letakkan syiling (duit logam).


* Tangan diikat dgn perca kain.


* Kepala hingga dagu juga ikat dgn perca kain.


* Jika ada darah yg keluar dari hidung/telinga, sumbatkan dgn kapas utk menahan darah dari terus menitik keluar. jika bahagian punggungnya ada luka bawahnya, pakaikan pampers...jika ada, boleh  juga menyumbatkan lubang lukanya dgn kapas.


* Selimutkan JENAZAH dgn kain yg dapat menutup seluruh jasad dari kepala hingga kaki... boleh guna sebarang kain samada kain batik lepas panjang dan sebagainya, asal saja dapat menutupi JENAZAH. Mukanya tutupi dgn kain putih.


* Rehatlah dan cubalah untuk tidur dulu sementara menunggu Subuh, kalau kematian berlaku seawal jam 12 atau 1 pagi.


* Mesti ada pengesahan kematian dari doktor klinik/hospital.


* Bila dapat surat pengesahan tersebut baru buat laporan di balai polis berhampiran.


* Polis kemudiannya akan keluarkan Permit Pengkebumian/surat mati utk urusan pengkebumian JENAZAH.


PENTING...!!!

Menjadi AHLi KHAiRAT KEMATIAN di masjid / surau berdekatan.

(jika kejadiannya di Malaysia)


Jika kita BUKAN AHLi Khairat Kematian

Hanya perlu sediakan sejumlah wang: RM1380.00 (mungkin jumlah RM berbeza di masjid lain) utk pengurusan JENAZAH dari awal urusan dimandikan, dikafankan sehinggalah selamat dikebumikan di tanah perkuburan berdekatan.
(wang boleh diserahkan kemudian...pihak masjid boleh dahulukan !).

Pihak masjid yg akan menghubungi penggali kubur utk menyediakan tempat, begitu juga urusan kain kapan dan sebagainya.


Waris simati TiDAK PERLU BiMBANG tentang semua perkara di atas, jika...


MENDAFTAR sebagai AHLi KHAiRAT KEMATiAN !!

Seharusnya kita ambil tahu nama-nama ajk masjid / surau dan yang lebih baik lagi... kenal dan cam (mengenali) wajah-wajah mereka !!

Ramai yg tidak tahu dan mungkin tak pernah terfikir tentang adanya kemungkinan perkara seperti di atas tiba-tiba terjadi di dlm rumah masing-masing.


Patut juga kita ambil tahu nama-nama ajk masjid, yang lebih baik lagi kenal dan cam wajah2 mereka.


Ramai yang tidak tahu dan tak terfikir tentang adanya kemungkinan perkara itu tiba-tiba terjadi dalam rumah masing2.


Harus bersedia menghadapi kematian. Mati yang pasti.

Semua orang akan mati. Jangan lupa pergi masjid solat berjamaah.

INGATLAH... !!!


*Bersedia Menghadapi KEMATiAN.

Tiada ulasan: