Khamis, 23 Februari 2017

SUAMI


Suami adalah pelengkap kehidupan seorang wanita. Ada yang sempat bergelar isteri merasai nikmat dan ujian berumahtangga dari Allah. Ada yang ditangguhkan jodohnya hingga satu saat nanti di jannah.

Namun satu perkara yang pasti bak kata Imam al-Ghazali : "Cintailah sesiapa pun yang engkau mahu cintai.. namun ketahuilah suatu saat nanti engkau pasti akan berpisah dengannya.."

Suami.

Seorang Lelaki yang kita kasihi.. yang kita cintai.. yang adakalanya buat kita kecewa. Ada kalanya kita memarahi dan meleterinya bagai terlupa kita juga tidak sempurna..

Suami.

Insan yang paling tahu susuk tubuh kita.. yang paling tahu buruk kerenah kita.. namun ia tidak ambik kisah semuanya.. dileteri dan dimarahi.. Dia tetap menerima kita  seadanya.

Suami.

Dia bukan milik kita.. Dia dipinjamkan oleh Allah sebagai jodoh kita didunia ini.. Mungkin jugak kita akan berkongsi kasih dgn wanita lain.. itu semuanya ketentuan Allah.. Dia milik Allah yg mutlak.. Allah berhak  merancang perjalanan hidupnya sebegitu

Dia akan pergi suatu hari nanti.. Disaat itu, kita akan tersenyum mengenangkan kebahagiaan kita mengharungi susah payah dengannya atau kita akan menangis mengenang kegagalan kita memanfaatkan masa-masa bersamanya...?

Hargailah seorang insan bernama SUAMI.. Biar siapa pun dia.. Dia bukanlah insan yg sempurna saperti Nabi Muhammad SAW.. Kita juga harus sedar kita jugak tidak sesempurna Siti Khadijah... Terimalah dia seadanya.. Carilah kelebihannya.. jangan diungkit keburukanya kerana Dia adalah anugerah (jodoh) Allah kpd kita.. Suami adalah  lubuk pahala kita setiap masa agar memudahkan kita memasuki SYURGA Allah utk Isteri-isteri Yang Solehah..

Aamiin..

Ust. Siti Norbahyah

Tiada ulasan: