Ramai orang takut apabila dibankruptkan. Mereka bimbang harta-harta dan eset-eset mereka akan "dirampas" oleh Jabatan Insolvensi.
Jadi sebelum perintah kebankrapan dikeluarkan, mereka pun mulalah kalut untuk cepat-cepat pindah milik kan semua eset dan harta mereka kepada isteri, anak anak dan kawan-kawan. Kononnya takut kalau kena rampas nanti susah.
Sebenarnya, tiada istilah harta sibankrup di rampas. Ini mitos yang silap dalam masyarakat kita dan saya perlu perbetulkan nya.
Harta orang yang bankrup sebenarnya bukanlah dirampas oleh Jabatan Insolvensi tetapi sebaliknya dibantu uruskan oleh Jabatan Insolvensi supaya si bankrup dapat keluar daripada status bankrup nya dengan segera.
Dan ia dapat mengelakkan si bankrup menjadi tertekan kerana dikejar oleh si pemiutang dari masa ke semasa.
Dan apabila telah selesai semua hutang, status bankrupt akan ditarik balik dan anda bolehlah uruskan sendiri harta dan aset yang ada seperti biasa.
Tapi cuba bayangkan kalau ketika itu anda sudah pindah milik kan aset dan harta anda kepada pihak ketiga, adakah anda yakin yang pihak ketiga tersebut akan serahkan balik harta itu kepada anda.?
Silap hari bulan mereka awal-awal sudah menjualkannya pula kepada orang lain tanpa pengetahuan anda.
Selepas anda sudah tidak bankrup lagi, langsung anda jadi pengemis sehelai sepinggang sebab semua harta dan aset dah jadi milik orang lain. Jadi kenapa anda mesti buat kerja yang berisiko dan sia-sia begitu?
Dan bukan bermaksud bila semua harta si bankrup telah diletak hak kepada Jabatan Insolvensi semua asetnya perlu dijual. Hanya aset-aset tertentu sahaja yang mungkin perlu dilupuskan/ dijual utk menjelaskan segala hutang sibankrup.
Biasanya rumah yang didiami oleh sibankrup dan keluarga mereka tidak akan diminta untuk dijual. Begitu juga misalnya harta tersebut bukan dimiliki sepenuhnya oleh sibankrup. Mungkin tidak perlu di jual.
Jadi peranan Jabatan Insolvensi lebih kepada untuk membantu si bankrup menguruskan hartanya untuk tujuan selesaikan hutang bukannya merampas harta si bankrup.
Jadi kepada sibankrup, berilah kerjasama kepada Jabatan Insolvensi dengan mengemukakan senarai segala aset dan harta anda supaya ianya dapat diuruskan dengan baik dan supaya anda lebih cepat dapat keluar daripada status seorang yang bankrup.
Ingat! Hutang wajib dibayar walaupun selepas kita mati. Yang penting, bukan lari dari hutang tetapi urus lah hutang anda dengan baik.
Sumber: SALKUKHAIRI ABD SUKOR
Presiden
Persatuan Guaman Hartanah Malaysia (HartaGuam)
Persatuan Guaman Hartanah Malaysia (HartaGuam)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan