Ahad, 5 Mac 2017

MACAM-MACAM TEKTIK YANG DILAKUKAN OLEH PENGUTIP HUTANG

MACAM-MACAM TEKTIK YANG DILAKUKAN OLEH PENGUTIP HUTANG 

Baru baru ni saya dihubungi oleh seseorang, katanya beliau ada dapat panggilan daripada mahkamah beritahu hendak sita barang-barang di rumah beliau dan beliau diminta pergi ke makamah, sedangkan beliau tidak pernah dapat apa-apa surat pun daripada peguam. 

Saya tanya beliau, adakah beliau ada apa-apa tunggakan hutang dengan bank atau mana mana pihak?. Kata beliau, memang beliau ada tunggakan hutang bayaran ansuran beli sofa dengan court mammoth.

Semalam juga ada kawan saya, yang juga seorang peguam, bagi tahu yang beliau pernah dapat panggilan dari seseorang yang mendakwa sebagai peguam dan mintak beliau jelaskan hutang lama bil broadband beliau. Beliau tanya balik, u dari firma guaman mana tadi? Bila orang tu cakap dari syariakt peguam ABC Collection, beliau terus kata, bohong, u bukan dari syarikat peguam. Saya tak mahu cakap dengan u dan terus letak panggilan.

Yang lebih lawak lagi, ada kawan saya bagi tahu, kes klien beliau punya cerita, pernah seseorang mendakwa sebagai hakim datang ke rumah beliau tuntut bayaran hutang. Kalau tak bayar, kena ikut beliau ke mahkamah dengan serta merta. Yang kelakarnya, "hakim" tu siap dengan pakai rambut putih (wig) lagi. haha..

Itu belum cerita lagi ada kes seseorang pernah dapat notis kononnya daripada mahkamah, tetapi kandungan notis tersebut amat melucukan dan meragukan sekali. Bagi orang yang faham undang-undang, memang akan tahu ianya jelas bukan daripada mahkamah. (Sila rujuk gambar).

Inilah antara gelagat dan cara "kreatif" pengutip hutang (debt collector) yang dilantik oleh syarikat-syarikat tertentu untuk menakut-nakutkan orang awam supaya segera bayar hutang.

Bagi orang awam, bila dengar perkataan peguam, mahkamah, hakim, saman, sita dan sebagainya, mereka sudah pasti akan rasa kecut perut. Dan kesannya untuk tak nak panjang cerita, mereka pun akan buat bayaran segera.

Walaupun matlamat mereka untuk nak pastikan siberhutang jelaskan bayaran hutang, cara di atas bukan sahaja tidak beretika, tetapi ianya juga boleh dianggap sebagai tindakan memain- mainkan proses undang-undang. Ianya juga boleh dianggap sebagai satu bentuk penipuan yang mana merupakan satu kesalahan jenayah yang amat serius.

Jadi nasihat saya kepada orang awam, jika anda terima panggilan telefon atau terima notis yang menyatakan mereka daripada syarikat peguam atau dari mahkamah, atau mendakwa kononnya rumah atau barang-barang rumah anda akan dilelong, jangan terus percaya bulat bulat. 

Sebaiknya, siasatlah dulu betulkah panggilan tersebut datangnya daripada syarikat peguam atau daripada mahkamah. Ambil segala maklumat terperinci tentang mereka seperti nama syarikat, alamat pejabat, nama penuh dan nombor BC peguam tersebut, nombor telefon mereka, nombor saman atau nombor kes dan sebagainya. Dan sila buat semakan dan sahkan dengan majlis peguam atau mahkamah yang berkenaan tentang maklumat tersebut.

Kebiasaannya peguam atau wakil mahkamah tidak akan menghubungi anda atau datang ke rumah anda untuk tuntut hutang dengan tiba-tiba. Kalau betul barang rumah anda akan dilelong, sudah pasti anda akan terima dokumen-dokumen atau surat cara yang sah dari peguam dan ada common seal mahkamah. Dan prosesnya tidak lah cepat seperti kilat sebegitu. Kerana terdapat beberapa prosedur yang perlu di patuhi sebelum lelongan boleh dilakukan.

Dan nasihat saya juga, silalah rujuk dengan peguam apabila anda terima sebarang notis daripada mana mana pihak. Peguam akan lihat dokumen tersebut dan akan advise sama ada dokumen tersebut adalah betul atau sekadar scam semata-mata.

Dan sekiranya pihak tersebut masih berterusan melakukan perkara yang sama kepada anda , anda berhak membuat laporan polis terhadap mereka. Dan tindakan perundangan boleh diambil terhadap mereka sebagaimana yang saya nyatakan di atas tadi.

Cuma pesan saya, jika anda rasa ada apa-apa tunggakan hutang atau tunggakan bill dengan mana mana syarikat pemberi perkhidmatan atau ada apa-apa bayaran ansuran beli barang atau bayaran ansuran bulanan pinjaman bank dan sebagainya, eloklah anda terus pergi ke syarikat tersebut untuk membuat pengesahan. Dan jika memang ada tunggakan, silalah jelaskan ia dengan segera. Kerana itu menjadi tanggung jawab anda dan perlu anda lakukan.

Hormatilah proses undang-undang demi kebahagiaan hidup bersama.


Sumber: SALKUKHAIRI ABD SUKOR
Presiden
Persatuan Guaman Hartanah Malaysia (HartaGuam)

Sabtu, 4 Mac 2017

14 PUNCA KITA MUDAH JATUH MISKIN

Dari Kuliah Dhuha Ustaz Fawwaz Mat Jan

+ Tidak Menjaga solat atau solat dengan tidak betul
+ Tidak membersihkan sawang labah-labah di rumah
+ Mengeringkan air di badan dengan pakaian yang di pakai
+ Menyapu sampah di dalam rumah pada waktu malam
+ Keluar dari masjid selepas solat subuh dengan tergesa-gesa
+ Makan dan minum sebelum mandi wajib
+ Isteri SUKA MARAH Suami
+ Suka bertelanjang dalam rumah
+ Tidur dalam keadaan belum menunaikan solat
+ Suka membuat dosa
+ Terlalu banyak tidur
+ Menggunakan sikat yang rosak
+ Suka duduk di muka pintu
+ Membiarkan pinggan mangkuk di waktu malam tidak berbasuh.

Rujukan dari kitab Ta'alim Muta'alim ......

Moga ada kebaikkannya utk kita2 semua.

RAHSIA 'MARKETING' LANGIT

- Ada yang mengetuk pintu langit dengan cara setiap pagi memberi 40 nasi bungkus untuk dhuafa/orang miskin. Rutin dia lakukan.
- Ada yang mengundang rezeki dengan cara mencium  tangan ibunya lalu minta didoakan.
- Ada yang mengundang rezeki, setiap minggu dia datangi anak-anak yatim, mengusap kepala mereka, membelikan sesuatu untuk keperluan mereka sebagaimana diajarkan Nabi SAW.
- Ada yang mengundang rezeki, setiap pagi berangkat kerja dia rutin bersedekah kepada siapa saja.
- Ada yang mengundang rezeki, tiap malam jumaat dia membahagi makanan kepada orang2 yang tidur di jalanan. Doanya tembus ke langit!
- Ada yang mengundang rezeki, setiap kali setelah sholat subuh dia tidak tidur. Dia beristighfar 100 kali dan bertadarrus Al-quran hingga terbit fajar, lalu menatap langit langsung dan mengangkat tangan. Doanya tembus langsung pada Tuhannya.
- Ada yang mengundang rezeki, tiap Jumaat profit hasil jualannya 100% disedekahkan. 
- Ada yang mengundang rezeki, tiap bulan 20% dari total pendapatannya disedekahkan. Dia yakin Tuhan-nya MAHA KAYA.
- Ada yang mengundang rezeki, seminggu sekali tengah malam didatangi rumah dhuafa. Dia angkat/pikul sendiri makanan untuk mereka.
- Ada yang mengundang rezeki, tiap Jumaat dia tidak mau dibayar upah untuk khidmatnya yang diberikan ke orang lain. Tiap titik keringatnya penuh pahala.
- Ada yang mengundang rezeki dengan memperbaiki jadual sholat 5 waktunya berjamaah di masjid dan Allah pun memudahkan segala urusannya.
- Ada yang mengundang rezeki, tiap pagi dia sholat dhuha & berdoa, ketika orang lain sudah sibuk dia memilih menghadap langsung ke Penciptanya.
- Ada yang mengundang rezeki tiap 1/4 malam bangun sholat tahajud berbisik pada bumi dan terdengar di langit. Allah redho, hidupnya pun berkah.
- Ada yg mengundang rezeki dengan cara MENANAM POHON agar semua MAKHLUK BUMI boleh menikmati OKSIGEN dan mengurangi CO².

Rezekimu bukan dari Bossmu atau pelangganmu. Tapi dari Allah. Undang rezeki datang dengan cara-cara yang Allah Redhoi.

SYURGA SEORANG ISTERI Dugaan paling besar adalah bersabar.

Untuk isteri yang sering alpa sepertiku..

Dari:
Fauziah Hashim:
Tajuk: SYURGA SEORANG ISTERI
Dugaan paling besar adalah bersabar.

Jadi seorang isteri, hal yang amat kritikal bagi kita ialah suami. Kita - makhluk Allah yang sarat dengan emosi dan kadang terlalu menuruti kata hati, lalu memang satu hal yang menakutkan kalau ada kata-kata dan tindak tanduk kita yang melukai hati suami - sengaja atau tidak sengaja.

Rasulullah S.A.W sebut dengan jelas tentang perangai orang perempuan - saat berdepan dengan satu saja pun keburukan suami, si isteri boleh lupa dengan kebaikan suaminya yang lain. Perangai inilah yang paling banyak menjerumuskan perempuan ke neraka. Allah. betapa ngerinya!

Jadi seorang isteri, banyak-banyakkanlah minta maaf dari suami. Mungkin ada terkurang layanan kita, terkasar bahasa kita, terlajak berprasangka, tercerita tentang aibnya pada sesiapa.

Allah ya Allah, rendahkan hati kita untuk merayu kemaafan darinya. Jangan kita hanya nampak kelemahan dia tapi kita lupa kelemahan kita. Jangan kita sibuk besar-besarkan kesilapannya tapi kita pandang kecil kesilapan kita.

Pandang muka suami kita, siapa pun dia, itulah yang Allah dah pilihkan sebagai jodoh kita. Itulah lorong nikmat, itulah juga lorong ujian Allah buat kita.

Semua buruk baik dia boleh jadi asbab kebaikan untuk kita. Mungkin untuk tundukkan ego kita. Mungkin untuk Allah beri pahala melalui sabar kita. Mungkin untuk latih kita berdikari dan keluarkan potensi diri. Ada sebabnya. Pasti ada sebabnya!

Minta Allah jaga rumahtangga kita. Kalau ada hal tentangnya yang kita tidak suka, banyakkan berdoa pada Allah. Kita tidak boleh ubah suami kita, tapi Allah boleh. Minta dari Allah. Jaga hubungan kita dengan Allah agar mudah kita minta Allah jaga rumahtangga kita.

Masya-Allah, indahnya kesudahan hidup seorang isteri andai dia mati dalam keadaan mendapat redha seorang suami. Indahnya janji Allah bahawa isteri yang diredhai suaminya boleh masuk syurga dari mana-mana pintu yang disukainya. Indah sangat, kawan-kawan! Tidak teringin ke kita untuk mendapatkannya?

Hari ini, ayuh simpan niat untuk jadi isteri yang lebih baik daripada semalam. Simpan hasrat untuk cuba dan kemudian cuba. Allah pandang usaha kita. Allah pasti beri ganjaran walau pun pada sekecil-kecil usaha kita. Inshaa-Allah.

Ayuh tutup aurat kita serapat mungkin agar kita bakal menjadi ketua bidadari untuk suami kita di syurga kelak. Lindungi walau sehelai rambut. Litupi walau hanya tapak kaki yang kita rasa hanya berada di bawah tapi ia yang bakal menentukan ke syurga kah kita.

Ya Allah,
Jadikanlah isteri yang membaca ingatan ini sebagai isteri menyejukkan hati suami mereka ya Allah. Aamiin.

APABILA ALLAH TIDAK MENGKEHENDAKI KITA LAGI

Kata Ulama, apabila Allah tidak mengkehendaki kita lagi :

• Allah akan sibukkan kita dengan urusan dunia.
• Allah akan sibukkan kita dengan urusan anak-anak.
• Allah akan sibukkan kita dengan urusan perniagaan.
• Allah akan sibukkan kita dengan harta.
• Allah akan sibukkan kita dengan mencari pengaruh pangkat dan kuasa.

• Alangkah ruginya kerana kesemuanya itu akan kita tinggalkan. Sekiranya kita mampu bertanya pada orang-orang yang telah pergi terlebih dahulu menemui Allah SWT dan jika mereka diberi peluang untuk hidup sekali lagi sudah semestinya mereka memilih tidak lagi akan bertarung bermati-matian untuk merebut dunia.

• Tujuan kita diciptakan adalah untuk menyembah Allah dan beribadat kepada Allah SWT. Sebenarnya apa yang kita dapat dari habuan dunia ini telah pun ditentukan oleh Allah SWT.

• Kita mungkin cemburu apabila melihat orang lain lebih daripada kita dari segi gaji, pangkat, harta, kereta mewah dan rumah besar.

• Kenapa kita tidak pernah cemburu melihat ilmu dan amalan orang lain lebih daripada kita. Kenapa kita tidak pernah cemburu melihat orang lain bangun disepertiga malam untuk solat tahajjud.

• Kita cemburu melihat orang lain tukar kereta baru, tetapi jarang kita cemburu melihat orang lain boleh khatam Al-Quran sebulan 2 kali.

• Kesemua petanda-petanda ini menunjukkan dunia akhir zaman apabila duit, pangkat dan harta mengatasi segalanya.

• Setiap kali menyambut hari jadi kita sibuk hendak raikan sebaik mungkin tetapi kita telah lupa dengan bertambahnya umur kita maka kita akan dipanggil oleh Allah SWT semakin dekat.

• Kita patut bermuhasabah mengenai bekalan ke satu perjalanan yang jauh yang tidak akan kembali lagi buat selama-lamanya.

• Sesungguhnya mati itu benar, alam kubur itu benar, pertanyaan munkar dan nakir itu benar, mahsyar Allah itu benar, syurga dan neraka itu benar.

(Jom kita kongsikan tazkirah ringkas yang banyak memberi kesedaran bahawa dunia ini hanya sementara dan Akhirat itu kekal abadi)

10 TANDA-TANDA ORANG YANG TELAH MENERIMA HIDAYAH ALLAH

Menurut para Ulama, terdapat 10 tanda-tanda orang yang telah menerima Hidayah Allah, iaitu:

1. Membenci perbuatan maksiat,
2. Membenci bercakap kosong,
3. Tidak meninggal solat fardu,
4. Sentiasa membaca Al-Quran,
5. Rajin bersolat Tahajjud,
6. Banyak berzikir,
7. Banyak berdoa,
8. Bersangka baik terhadap Allah S.W.T
9. Perubahan akhlak menjadi baik,
10. Tiada mengeluh ketika bermasalah

Khamis, 2 Mac 2017

JANGAN BERGURAU DENGAN CARA MENARIK BANGKU / KERUSI, KETIKA ORANG LAIN NAK DUDUK.

Info Penting yg Perlu d Baca oleh Semua!

Tolong kc ingat Anak2 dan Cucu kita, agar TIDAK Bergurau dgn cara MENARIK BANGKU/KERUSI, ketika anak lain akan duduk.......

Ada Pelajar SMK, minggu yg lalu, ketika dia mau duduk, KERUSI nya ditarik oleh kawan lelaki nya, sehingga dia jatuh terduduk, dan dia langsung 'TERDIAM dan hanya mengeluarkan air mata'

Kemudian, pihak sekolah langsung membawa nya ke Rumah Sakit.....

Tapi, sampai saat ini, Pelajar/Anak Perempuan tersebut menderita KELUMPUHAN, dan TDK dapat Bercakap

Menurut Dokter, dia terjatuh dn terkena Tulang Ekor nya........

Para GURU d Sekolah/Kolej/Uni, tolong kc INGAT murid2 kamu ttg HAL ini.......

Para IBUBAPA & KAWAN2, marilah kita sama2  MENGINGATkan ANAK CUCU kita tentang HAL ini, agar TIDAK terjadi lagi peristiwa, yg kelihatannya hanya 'remeh',  tetapi dapat MEMUSNAHkan Masa Depan anak orang lain

Saya anggap PERKARA  ini sgt penting, sebab itu saya share kpd orang lain...🙏

Rabu, 1 Mac 2017

ANJURAN UCAPAN JAZAKALLAHU KHAIRAN/ JAZAKILLAHU KHAIRAN

KEMUSYKILAN

Assalamu'alaikum Ustaz.
Selalunya apabila / orang membuat kebaikan kepada kita , maka akan kita balasnya dengan ucapan

جَزَاكَ اللّهُ (jazakallah)
جَزَاكِ اللّهُ (jazakillah)
جَزَاكُمُ اللّهُ(Jazakumullah)
jazakallahu khairan

apa ucapan balasannya Ustaz ?...

Adakah وَ اِيَّاكُمْ (Wa iyyakum).
Yang mana satu mengikut sunnah?

•═════◎◎۩❁۩◎◎═════•

┏👳📖🕌 ━━━━━━━━━━━┓
       © PENCERAHAN ®
┗━━━━━━━━━━━👳📖🕌 ┛

               وعليكم السلام ورحمة الله

🔴 ANJURAN UCAPAN JAZAKALLAHU KHAIRAN/ JAZAKILLAHU KHAIRAN

🔹Drpd Usamah bin Zaid, Rasulullah bersabda:
من صنع اليه معروف فقال لفاعله: جزاك الله خيرا، فقد أبلغ في الثناء.
Ertinya: "Sesiapa yang diberikan satu perbuatan kebaikan kpd nya, maka dia sepatut nya membalas nya dgn mengatakan
" jazakallahu khairan "

( semoga Allah membalasmu dgn kebaikan ). Maka sungguh hal itu tlh mencukupi dlm menyatakan rasa syukurnya.

📚 Hadits HASAN riwayat At-Turmudzi no. 2035; Ibnu Hibban dlm Shahihnya no. 3413; Ibnu Hajar dlm Takhrij Misykat al-Mashabih 3/222 dll.

🔹Usaid bin Hudhair berkata kpd 'Aisyah: " Jazakillahu khairan. Demi Allah, tidaklah menerpamu suatu peristiwa yg tak kau sukai melainkan Allah jadikan di dlamnya suatu kebaikan bagimu dan bagi kaum muslimin."
📘Hadits SHAHIH, riwayat al-Bukhari no. 336.

🔴 KELEBIHAN BESAR

🔹Saidina 'Umar al-Khaththab berkata:
لو يعلم أحدكم ما له في قوله لأخيه: جزاك الله خيرا، لأكثر منها بعضكم لبعض.
Ertinya: "Seandainya salah seorang di antara kamu mengetahui balasan yg dia peroleh jika dia mengucapkan kpd saudaranya, " jazakallahu khairan ", tentunya dia benar² akan memperbanyak ucapan tersebut di antara mereka satu sama lain."
📒 Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Syaibah dlm Mushannafnya no. 26519.

🔴 UCAPAN BALAS
🔹 Boleh diucap (TAK ADA DALIL):
وإياك (كما يحصل لي يحصل لك)
~ wa'iyyaka atau wa'iyyaki, ertinya: " Sebagaimana aku dapat begitu jugalah kamu"
atau;
وإياكم (كما يحصل لنا يحصل لكم)
~ wa'iyyakum, ertinya:
"Sebagaimana kami dapat begitu jugalah kamu semua"

💥 Terbaik Ucapan Balas (ADA DALIL):
وأنت جزاك الله خيرا
"Kamu juga, semoga Allah membalasmu akan kebaikan"
وأنتم جزاكم الله خيرا
"Kamu semua, semoga Allah membalas kamu semua akan kebaikan"

🔹Drpd 'Usaid bin Hudhair, ia berkata kpd Rasulullah:
جزاك الله خيرًا يا رسول الله .
*(Semoga Allah membalasmu akan kebaikan wahai Rasulullah). Rasulullah menjawab:
وأنتم فجزاكم الله خيرا .....
(Kamu semua juga, semoga Allah membalas kamu semua akan kebaikan)."

📚 Hadits riwayat Ibnu Hibban dlm Shahihnya no. 7279; Al-Haitsami dlm Majma'uz-Zawaa'id 10/36; Hadits ini diHASANkan oleh Al-'Iraqi dlm Mahajjatul-Qurb no. 284.

Wallahua'lam

#Ustaz Ismail al-Bakabi 64yesw

⛔ SHARE JE - DILARANG EDIT ⛔
📋

Selasa, 28 Februari 2017

YANG

Sebagai Ingatan untuk diri sendiri & semua rakan taulan.. berkaitan dengan; ....YANG....

Yang singkat itu - "waktu"
Yang menipu itu - "dunia"
Yang dekat itu - "kematian"
Yang besar itu - "hawa nafsu"
berat itu - "amanah"
Yang sulit itu - "ikhlas"
Yang mudah itu - "berbuat dosa"
Yang susah itu - "sabar"
Yang lupa itu - "bersyukur"
Yang membakar amal itu - "mengumpat"
Yang ke neraka itu - "lidah"
Yang berharga itu - "iman"
Yang mententeramkan hati itu - "teman sejati"
Yang ditunggu Allah S.w.t itu -"taubat"

(Imam Al Ghazali)

JANGAN BEBANKAN DIRIMU DENGAN KERISAUAN

Janganlah bebankan dirimu dengan kerisaun tentang dunia kerana urusan dunia milik Allah

Janganlah bebankan dirimu dengan kerisaun tentang rezeki kerana rezeki datang dari Allah

Janganlah bebankan dirimu dengan kerisaun tentang masa depan kerana masa depan di Tangan Allah

Apa yang engkau perlu risau hanyalah satu perkara sahaja, iaitu bagaimana engkau membuat Allah redha kerana sekiranya engkau membuat Allah redha, Dia akan redha padamu. Apabila Dia redha padamu, Dia akan melindungimu dan mencukupkan keperluanmu

Imam Ibn Qayyim

Hidup Kita Cuma Dalam 3 Hari...

1. Semalam - Sudah menjadi sejarah.
2. Hari Ini - Apa yang sedang kita lakukan.
3. Esok - Hari yang belum pasti.

Hisablah hari pertama semoga hari yang kedua kita lebih baik dari hari yang pertama? Jangan mengharap hari yang ketiga kerana mungkin ajal kita pada hari yang kedua.

HIDUP KITA CUMA DALAM 2 NAFAS :

1. Nafas Naik
2. Nafas Turun

Hargailah nafas yang naik kerana udara yang disedut adalah pemberian Allah secara percuma dan carilah keredhaan-Nya dalam menggunakannya.

Bertaubatlah dalam nafas yang kedua kerana mungkin itu nafas yang terakhir keluar dari tubuh bersama nyawa dan roh untuk meninggalkan dunia yang fana ini.

HIDUP KITA CUMA ADA 2 PILIHAN:

1. Hidup dalam keredhaan Allah.
2. Hidup dalam kemurkaan Allah.

HIDUP KITA YANG ABADI CUMA ADA 2 TEMPAT:

1. Kekal didalam Neraka.
2. Kekal didalam Syurga.

Semoga kita sentiasa dalam rahmat Allah. Sentiasa dipermudahkan segala urusan. Sentiasa dimurahkan rezeki. Sentiasa diberi kesihatan yang baik.

Aamiin...

Isnin, 27 Februari 2017

TARAF KITA HANYA SEORANG HAMBA

Syurga lelaki
pada  perempuan iaitu IBU

Syurga perempuan
pada lelaki iaitu suami.

Sehebat-hebat suami
kena patuh pada ibu.

Sehebat-hebat ibu
kena patuh pada suami.

Masa hidup
anak perlukan doa ibubapa.

Masa mati
ibubapa perlukan doa anak.

Di dunia
nasab itu pada lelaki.

Di akhirat
nasab itu pada perempuan.

Sehebat-hebat manusia,
bila mati dia tetap perlu orang lain untuk kebumi jenazahnya.

Setinggi-tinggi ilmu
yang manusia ada.
Dia tetap perlu belajar
daripada seorang guru.

Berapa jauh pun seorang manusia itu mengembara.
Pasti yang dirindu
adalah keluarga.

Walau sekaya manapun seorang manusia.
Dia tetap perlu untuk berurusan
dengan orang lain...

Seorang General Manager
tidak akan mampu uruskan perjalanan premis
tanpa general worker.

Seorang raja
tidak berkuasa
tanpa ada rakyat jelata.

Inilah manusia... Lemah. Walau sehebat mana pun kita didunia. Walau memegang pangkat dan darjat tertinggi. Taraf kita hanya seorang "Hamba".

Lalu kenapa mahu rasakan
kita adalah yang terbaik dan terhebat ???
Bukankah itu hanya akan membawa kita kepada
taraf ujub, riak,sombong dan hina

Ingatlah wahai diriku
dan yang sedang membaca.

Iblis itu terlaknat hanya kerana satu sifat.

sombong dan merasa dia lebih baik.

YANG MEMBERI ADALAH ALLAH SWT SEBENARNYA

Ramai orang mengharap pada manusia, meminta pada manusia, merayu pada manusia, kadang-kadang merasakan manusia tu memiliki kuasa penentu hidup kita..

Ingatkan diri bahawa yang beri ialah Allah swt , yang menentukan ialah Allah swt ..

Itulah dia yg kita baca selalu dlm surah al Ikhlas, al Ahad al Samad..
Bila manusia beri kita, kata kanlah AlhamdulilLah & terima kasih padanya..

Cuma semat selalu bahawa yang memberi adalah Allah swt sebenarnya..

Bila manusia beri, itu digerakkan oleh Allah swt jua..

SEMOGA KISAH INI MENJADI IKTIBAR SUPAYA MENJADI MANUSIA YANG MERASA BUKAN SEBAGAI MANUSIA YANG MEMBINASA

Indonesia - Seorang nenek telah di tangkap atas tuduhan mencuri ubi rebus (singkong).

"Saya mencuri kerana ingin memberi kepada anak saya yang sangat lapar & cucu yang sakit dirumah". Dengan kata mudah, mencuri kerana terpaksa. Ketua Hakim Marzuki kusyuk menatapi wajah nenek seolah-memikirkan sesuatu.

Manakala pihak pendakwa raya menegaskan hukuman yang berat harus dikenakan, atas alasan ingin memberi pengajaran kepada masyarakat supaya tidak mengulangi perbuatan wanita yang lanjut usia itu. Hakim Marzuki menarik nafas lalu menyatakan "maaf nenek saya tidak boleh membuat pengacualian terhadap undang-undang, maka nenek harus dihukum tanpa kompromi".

Nenek tunduk pasrah, tanpa disedari air mata menitis dicelah kedutan rautnya. Lalu Hakim Marzuki bersuara "dengan ini mahkamah menjatuhkan hukuman denda sebanyak 1 juta rupiah atau penjara 2 tahun 5 bulan". Nenek tersebut seperti langsung tidak memikirkan tentang wang, kerana mustahil baginya mendapatkan wang yang tidak pernah dipegang seumur hidupnya.

Baginya tempat tinggal selepas ini adalah "tirai besi". Walau tiada kerelaan, dia terpaksa menerimanya. Munkin sisa hidup untuk bersama dan menjaga anak dan cucu yang sakit sudah menemui noktah. Bagi nenek tersebut walau terpaksa menempuh kesukaran hidup namun dia tetap gembira dengan adanya anak dan cucu.

Begitu tinggi nilai seorang anak dan cucu disisi nenek ini. Raut wajah seperti ingin meraung kesedihan kerana hilangnya semangat peneman hidup. Lalu Hakim Marzuki membuka topi dan memasukkan wang 1 juta rupiah kedalam topi tersebut dan berkata "tuan-tuan dan puan-puan, saya sebagai hakim juga menjatuhkan hukuman kepada ahli mahkamah minimum 50 rupiah seorang atas sebab membiarkan nenek, anak dan cucunya kelaparan". Tukul diketuk sebagai tanda tamatnya perbicaraan. Hakim Marzuki meminta duit berkenaan dikumpul dalam topi yang sudah berisi wangnya tadi. Seluruh individu yang ada di mahkamah akur lantas memberikan wang yang diminta oleh Hakim Marzuki tadi, tanpa pengacualian.

Segala berjalan seperti kehendaknya. Hasil dari kesemua kutipan sebanyak 3.5 juta rupiah diserahkan kepada nenek tersebut. Lalu Hakim Marzuki meninggalkan mahkamah dengan tenang sambil mengukir sejuta senyuman.

Nenek dilihat menadah tangan lalu berdoa "ya Allah.. masih ada insan yang bernama manusia dimuka bumi mu ini. Moga kau rahmatilah hidupnya dan pengikutnya". Seluruh penghuni mahkamah memerhati nenek yang berpelukan bersama anak dan cucu dengan titisan air mata...

"Apabila KEMANUSIAAN menjadi budaya, maka KEHARMONIAN akan dirasa". "Apabila KEADILAN ditegakkan, maka matilah segala KETEGANGAN".

Moga kisah ini menjadi iktibar kepada kita supaya menjadi manusia yang merasa, bukan sebagai manusia yang membinasa.

Insya allah.. Amin..

SILA TAMBAH PENGAJARAN jika ada, supaya perkongsian dapat dimanfaatkan oleh kita semua.

KATA-KATA NABI MUHAMMAD S.A.W

“Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu, dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadiri di sini pada hari ini.”

“Wahai manusia sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu, segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.”

“Berwaspada terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jgalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.”

“Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka atas kamu, maka mereka juga berhak diberikan makan dan pakaian, dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanitakamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesunggunya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.”

“Wahai manusia dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah dirikanlah solat lima waktu, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwq dan beramal soleh.”

“Ingatlah bahawa kamu akan mengadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan di atas apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu berkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.”

“Wahai manusia tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dah fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya, itulah Al-Qur’an dan Sunnahku.”

“Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapakanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu..

JIKA ADA ORANG BERCAKAP MENGENAI KITA

Jika Ada Orang Bercakap Mengenai Kita Di Belakang , itu Tandanya Kita Sudah Ada Di Depan . Saat Orang Bercakap Merendahkan Diri Kita , itu Tandanya Kita Sudah Berada Di Tempat Yang Lebih Tinggi .

Saat Orang Bercakap Dengan Nada iri Mengenai Kita , itu Tandanya Kita Sudah Jauh Lebih Baik Dari Mereka . Saat Orang Bercakap Buruk Mengenai Kita , Padahal Kita Tidak Pernah Mengusik Kehidupan Mereka , itu Tandanya Kehidupan Kita Sebenarnya Lebih indah Dari Mereka..

Payung Tidak Dapat Menghentikan Hujan Tapi Dapat Membuat Kita Berjalan Menembusi Hujan Untuk Mencapai Tujuan"...

Sedap kata² drpd Dato Tuan Ibrahim Tuan Man..

Renung-renungkan, moga bermanfaat

HENTIKAN darimenghantar segala-galanya tentang kehidupan anda di Facebook.

FFJKHG:
Saya melihat komen ini di FB dan merasai perlu untuk berkongsi  dengan anda :

Seorang lelaki yang tidak anda kenali  menghantar  permintaan  untuk " add " sebagai rakan di-fb anda. Anda tidak tahu latar belakang dia, tetapi dia pos gambar profil  yg menarik,  jadi anda terus saja  terima permintaan dia.

Peristiwa terjadi pada hari pertama anak perempuan anda  mula bersekolah. Dia kelihatan begitu comel dalam pakaian sekolah barunya  dan anda tanpa fikir apa apa  snap gambarnya  dan meletakkan foto itu didalam  Facebook agar rakan-rakan  dan keluarga  anda boleh kongsi melihatnya.

Anda begitu teruja apabila anda menghantar anak anda pada hari pertama dan anda tanpa berfikir panjang, snap foto sebagai 'Check in' ke sekolah anak anda  di FB  sambil mengomentar:

'Saya tidak boleh percaya betapa cepatnya masa berlalu dan begitu cepat juga membesarnya dia. Seorang mama / ayah  yang sangat bangga di sini."

Sementara itu, lelaki misteri  yang baru menjadi rakan fb anda  secara tergesa-gesa awal pagi tadi, terus menyimpan  gambar anak anda yang anda load tadi dengan pakaian comel baru, kedalam telefonnya dan menghantar teks kepada 60 lelaki dewasa lain di seluruh dunia dengan kapsyen seperti berikut:  -
Gadis.
Umur 5.
Rambut perang.
Mata hitam.
RM 4000

Bukan sahaja anda telah memberikan gambar anak gadis kecil anda kepada seorang  pedagangan kanak-kanak, malah anda telah sediakan juga segala info kepadanya, nama dan lokasi tepat sekolahnyaseolah sedia hidangan di pinggan perak dimaya siber.
Apabila anda pergi untuk menjemputnya pada 3:00 petang malangnya anak anda sudah tidak  ditemui.

Sedikit pun anda tidak mengetahui, bahawa anak perempuan  anda telah dijual kepada seorang pedophile berusia 43 tahun sebelum anda menjejakkan kaki di luar sekolah pagi tadi dan kini dia dalam perjalanan ke Afrika Selatan dengan beg di atas kepalanya, keliru, takut dan menangis kerana lelaki yang dia tidak pernah dilihat sebelum ini telah menjemput dia dari sekolah, dan kini dia tidak tahu di mana ibu bapanya, di mana dia akan, atau apa yang akan berlaku atasnya.

Hentikan dari MENAMBAH orang yang tidak dikenali di FACEBOOK  anda dan HENTIKAN dari menghantar segala-galanya tentang kehidupan anda di Facebook.

Elakkan daripada menyimpan gambar-gambar kanak-kanak sebagai gambar profil anda.

Teruskan berkongsi. Jangan putuskan rantai info ini. Sebarkan kewaspadaan ini !

SETIAP HARI PASTIKAN BERZIKIR

Wahai teman!...Semoga kuatkan semangat utk beramal...

setiap hari pastikan berzikir
(a) Laa ila haillallah 100 X
(b) selawat 100X
(c) istighfar 100X


(masa baca tu fokuskan minda pd hati di dada kiri kita)...utk penghayatan kpd Allah.

Selawat yg 'terbaik' menurut sunnah ialah Selawat Ibrahim, selawat masa tahayyat akhir (dari...AllahhummaSolli'ala MuHammad -hingga- fil'alamiinaHamidummajiid.)

Ahad, 26 Februari 2017

CERITA INI SANGAT MENARIK TOLONG LUANGKAN MASA UNTUK MEMBACANYA.

★Suatu hari Rasulullah SAW pernah bersabda kepada Ali ( R.A. ) :

Wahai Ali, lakukanlah 5 perkara ini sebelum kamu tidur...

◆ 1. Berikan sedekah 4000 Dinar, kemudian tidurlah..

◆2. Khatamkan Al Quran, lalu tidurlah..

◆3. Belilah Syurga, lalu tidurlah.

◆4. Perbaikkilah hubungan dua orang  yang tengah berselisih, kemudian kamu tidurlah.

◆5. Tunaikanlah satu kali Haji, lalu tidurlah.

★Ali ( R.A.) pun menjawab, "Ya Rasulallah. Mana mungkin aku boleh melakukan semuanya itu ?

Lalu Nabi ( SAW ) pun menjawab :

◆4 kali membaca Al Fatihah adalah sama nilai dengan sedekah 4,000 Dinar.

◆3 kali membaca surah Al Ikhlas adalah sama nilainya dengan menamatkan bacaan satu Al-Qur'an.

◆3 kali membaca Shalawat adalah sama nilai dgn harga Syurga.

◆10 kali bacaan "Istighfar" adalah sama nilainya dengan menyambung silaturrahim dua orang yg berselisih.

◆4 kali membaca  "Subhanallah,Alhamdulillah, Laa ilaaha ilallah, Allahu Akbar" adalah sama dengan menunaikan satu kali Haji.

★Lalu Ali (R.A.) pun berkata, "Ya Rasulallah SAW! Kini aku akan menjalankan semua nasihatmu itu sebelum aku masuk tidur...

★Hanya perlu masa kurang 5 minit untuk melaksanakannya,
namun lihatlah semua kebaikan amalan yg Anda akan perolehi...
     Aamiin...YaRobbal 'Aalamiin...

★Untuk mengingatkan Anda akan amalan ini, cara termudah adalah dengan menuliskan kesemua zikir tsbt dlm sehelai kertas untuk dibaca sebelum tidur & sesuai jg utk ditampalkan dekat tempat tidur supaya Anda tak lupa untuk membacanya.....
Dan tentu saja, dengan niat kerana Allah SWT....
  • Indahnya jika Anda blh hebahkan tulisan ini kpd seramai Muslim yang Anda kenal kerana jika atas usaha Anda seseorang itu dpt menjalankan amalan2 ini, maka Anda pun akan menerima pahala dan kebaikannya .. InsyaALLAH. 
  • Surah Al- Fatihah utk melindungi Anda dari kemurkaan Allah
  • Surah Yaasin utk melindungi Anda dari kehausan pada hari pengadilan.
  • Surah Waaqi'ah utk melindungi Anda dari kefakiran dan kelaparan.
  • Surah Al-Mulk utk melindungi Anda dari azab kubur.
  • Surat Al-Kautsar utk melindungi Anda dari kejahatan musuh.
  • Surat Al-Kaafiruun utk melindungi Anda dari kekafiran pd saat ajal menjemput Anda.
  • Surat Al-Ikhlaas utk melindungi Anda dari kemunafikan.
  • Surat Al-Falaq utk melindungi Anda dari merbahaya.
  • Surat An-Naas utk melindungi Anda dari fikiran jahat.
Saran...Jangan tunggu lagi....Kirimlah pesanan ini kpd sahabat handai Anda sekarang & semoga memperolehi keberkatan dari Allah SWT..

"Aamiin Yaa  Robbal Aalamiin "

TERLENA

Waktu berlalu begitu pantas menipu kita yang terlena

Belum sempat berzikir di waktu pagi, hari sudah menjelang siang, Belum sempat bersedekah pagi, matahari sudah meninggi.

Niat pukul 9.00 pagi hendak solat Dhuha, tiba-tiba azan Zuhur sudah terdengar..

Teringin setiap pagi membaca 1 juzuk Al-Quran, menambah hafalan satu hari satu ayat, itu pun tidak dilakukan.

Rancangan untuk tidak akan melewatkan malam kecuali dengan tahajjud dan witir, walau pun hanya 3 rakaat, semua tinggal angan-angan.

Beginikah berterusannya nasib hidup menghabiskan umur? Berseronok dengan usia?

Lalu tiba-tiba menjelmalah usia di angka 30, sebentar kemudian 40, tidak lama terasa menjadi 50 dan kemudian orang mula memanggil kita dengan panggilan "Tok Wan, Atok...Nek" menandakan kita sudah tua.

Lalu sambil menunggu Sakaratul Maut tiba, diperlihatkan catatan amal yang kita pernah buat....

Astaghfirullah, ternyata tidak seberapa sedekah dan infak cuma sekadarnya, mengajarkan ilmu tidak pernah ada, silaturrahim tidak pernah buat.

Justeru, apakah roh ini tidak akan melolong, meraung, menjerit menahan kesakitan di saat berpisah daripada tubuh ketika Sakaratul Maut?

Tambahkan usiaku ya Allah, aku memerlukan waktu untuk beramal sebelum Kau akhiri ajalku.

Belum cukupkah kita menyia-nyiakan waktu selama 30, 40, 50 atau 60 tahun?

Perlu berapa tahun lagikah untuk mengulang pagi, siang, petang dan malam, perlu berapa minggu, bulan, dan tahun lagi agar kita BERSEDIA untuk mati?

Kita tidak pernah merasa kehilangan waktu dan kesempatan untuk menghasilkan pahala, maka 1000 tahun pun tidak akan pernah cukup bagi orang-orang yang terlena.

Al Marhum Prof Hamka (Pak Hamka).
(Pujangga Nusantara)

ENGINE OVERHEAT... APA PUNCANYA?

Jom kita lihat satu-satu persatu mengikut kes.

1. Anda bawa kereta waktu tengahari...dan anda tersangkut dengan kesesakan lalulintas, tiba-tiba temperature engine naik? Tetapi semasa bergerak....indicator suhu turun semula kepada normal.
Punca: Radiator Fan tak berfungsi mungkin kerana motor rosak ataupun fuse rosak.

2. Anda baru memandu waktu pagi ke tempat kerja...tak sampai 10 minit memandu....tiba-tiba temperature enjin naik? Anda periksa, tiada hose yang bocor, radiator tak pecah.
Punca: Thermostat rosak atau Water Pump

3. Anda memandu, tiba-tiba enjin anda dah macam sauna, berasap.
Punca: Ada kebocoran hose ataupun upper radiator tank crack.

4. Anda memandu tempoh yang lama...awalnya tiada masalah tiba-tiba enjin panas. Anda periksa under hood, tiada sauna...tiada hose yang bocor, radiator tak pecah.....radiator fan ok. Tapi air kering !!!!
Punca: Air dah berzaman tak top up atau gasket ada kebocoran kecil (bila buka radiator cap....nampak buih buih kecil naik, itu tanda ada kebocoran gasket)

5. Anda memandu dalam tempoh lama.....tiba-tiba temperature enjin naik. Anda berhenti....anda tengok tiada wap air.....tiada tanda-tanda hos bocor...selepas enjin sejuk, anda buka radiator cap...air penuh. Radiator Fan pun berfungsi baik...dah tu apa?
Punca: Sensor Problem

6. Anda memandu.....enjin tak panas, tapi lepas isi minyak, anda yang jadi panas...!!!!
Punca: Minyak naik harga

APA BEZA SERAHAN MILIKAN KOSONG DAN SERAHAN KUNCI?

Ramai orang keliru tentang apa yang dimaksudkan dengan serahan kunci dan serahan milikan kosong. Nampak sama, tetapi hakikatnya tidak serupa.

Di sini saya huraikan perbezaan antara kedua-duanya:

1. Sekiranya pemaju serah kunci rumah anda, itu tidak beerti yang pemaju juga telah serahkan milikan kosong rumah anda secara sah. Ada sesetengah pemaju yang hanya serahkan kunci rumah semata-mata  tanpa menyerahkan milikan kosong rumah.

2. Tahukah anda, serahan milikan kosong rumah hanya dianggap sah apabila:-
i. Perakuan siap dan pematuhan (CCC) telah dikeluarkan oleh Arkitek, dan
ii. Bekalan air dan elektrik sedia untuk penyambungan ke Bangunan tersebut, dan
iii. Pembeli telah melaksanakan dan mematuhi segala terma dan waad di pihaknya di bawah Perjanjian Jual Beli, dan
iv. Penyerahan kunci kepada pembeli dibuat pada masa serahan milikan kosong tersebut.

3. Ertinya, kunci hanya boleh diserahkan kepada pembeli beserta milikan kosong  setelah KESEMUA SYARAT untuk penyerahan milikan kosong seperti di atas disempurnakan. Selagi belum sempurna semua syarat tersebut, penyerahan kunci tidak boleh dibuat. Kalaupun ianya dibuat, itu tidak menjadikan ia serahan milikan kosong yang sah disis undang-undang.

4. Walaupun sekiranya kunci telah diserahkan, ia tidak memberikan hak kepada Pembeli untuk mendiami rumah tersebut selagi mana milikan kosong tidak diserahkan kepada mereka secara sah.

5. Tempoh liabiliti kecacatan hanya bermula pada tarikh serahan milikan kosong dibuat, bukannya pada tarikh serahan kunci rumah dibuat.

6. Begitu juga dengan tuntutan ganti rugi kelewatan (LAD) yang hanya boleh dibuat oleh pembeli selepas tarikh milikan kosong diserahkan dan bukannya selepas tarikh kunci rumah diserahkan oleh pemaju.

Harap tulisan ini dapat merungkai kekeliruan kebanyakan orang berkenaan dengan isu tersebut.

SUMBER: SALKUKHAIRI ABD SUKOR
Presiden
Persatuan Guaman Hartanah Malaysia (HartaGuam)

BOLEHKAH SESEORANG YANG TELAH BANKRUP MENJUAL HARTANAH MEREKA?

Seseorang yang telah diistiharkan bankrup akan hilang kelayakan untuk menjual hartanahnya. Ini kerana sebaik sahaja diistiharkan bankrup, segala harta dan asetnya secara otomtik akan terletak hak kepada Ketua Pengarah Insolvensi (KPI).

Walau bagaimanapun, si bankrup boleh menjual hartanahnya untuk menyelesaikan hutang hutang yang ada tetapi hendaklah mendapatkan kebenaran bertulis daripada KPI terlebih dahulu.

Sekiranya kebenaran diberikan, segala urusan penjualan akan dipantau oleh Jabatan Insolvensi dan segala bayaran hasil jualan akan diserahkan kepada Jabatan Insolvensi untuk tujuan menyelesaikan hutang-hutang si bankrup.

Harap tulisan ini dapat merungkai kekeliruan kebanyakan orang berkenaan dengan isu tersebut.

SUMBER: SALKUKHAIRI ABD SUKOR
Presiden
Persatuan Guaman Hartanah Malaysia (HartaGuam)

RUMAH DAH SERAH KUNCI TAPI AIR DAN ELEKTRIK MASIH TIADA. ADAKAH ITU SALAH PEMAJU?

Ramai yang bertanyakan kepada saya, adakah pemaju kena pastikan bekalan air dan elektrik telah disambungkan ke rumah sebelum mereka boleh serah milikan kosong (kunci) rumah kepada pembeli?

Sekiranya pemaju serah kunci (milikan kosong) kepada pembeli tanpa bekalan air dan elektrik, adakah pembeli boleh menuntut ganti rugi terhadap pemaju?

Sebenarnya ramai yang masih keliru tentang perkara ini. Di sini saya huraikan jawapannya:

1. Kalau kita rujuk kepada perjanjian jual beli yang menggunapakai Jadual G atau Jadual H Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Perlsenan), jelas menyatakan  bahawa Pemaju hendaklah membenarkan pembeli mengambil milikan kosong rumah setelah perakuan siap dan pematuhan (CCC) dikeluarkan dan bekalan air dan elektrik sedia untuk disambungkan ke bangunan tersebut.
Perkataan "bekalan air dan elektrik sedia untuk disambungkan tersebut" mengundang banyak kekeliruan.

2. Sebenarnya apa yang dimaksudkan dengan perkataan bekalan air dan elektrik sedia untuk disambungkan itu BUKAN BERMAKSUD bekalan air dan elektrik telah disambungkan ke rumah tersebut. Tetapi hanya membawa maksud pemaju telah menyediakan saluran utama untuk membolehkan air dan elektrik dimasukkan/ disambungkan ke rumah tersebut.

3. Misalnya pemaju telah sediakan tempat untuk dipasangkan meter elektrik di rumah tersebut atau telah pasang saluran paip utama untuk membolehkan meter air dipasang di rumah tersebut.

4. Tanggungjawab untuk menguruskan  penyambungan bekalan air dan elektrik kerumah tersebut adalah menjadi tanggungjawab pembeli itu sendiri.

5. Pembeli perlu pergi ke TNB atau Syarikat Bekalan Air (SBA) untuk membayar bayaran deposit penyambungan bekalan air dan elektrik dan menyerahkan dokumen dokumen yang perlu sebagaimana yang dikehendaki oleh syarikat pembekal elektrik dan air tersebut.

6. Selepas itu barulah TNB dan SBA akan memasang meter air dan elektrik di rumah anda dan bekalan air serta elektrik akan disambungkan ke rumah anda.

7. Pembeli juga tidak boleh menuntut gantirigi terhadap pemaju kerana gagal memasukkan bekalan air dan elektrik kerana ianya bukanlah tanggungjawab pemaju.

8. Serahan milikan kosong yang dibuat tanpa bekalan air dan elektrik yang telah disambungkan kerumah adalah dianggap sebagai serahan milikan kosong yang sah dan sempurna.

Harap tulisan ini dapat merungkai kekeliruan kebanyakan orang berkenaan dengan isu tersebut.

SUMBER: SALKUKHAIRI ABD SUKOR
Presiden
Persatuan Guaman Hartanah Malaysia (HartaGuam)

BETUL KE HARTA DAN ASET SIBANKRUP AKAN DIRAMPAS?

Ramai orang takut apabila dibankruptkan. Mereka bimbang harta-harta dan eset-eset mereka akan "dirampas" oleh Jabatan Insolvensi.

Jadi sebelum perintah kebankrapan dikeluarkan, mereka pun mulalah kalut untuk cepat-cepat pindah milik kan semua eset dan harta mereka kepada isteri, anak anak dan kawan-kawan. Kononnya takut kalau kena rampas nanti susah.

Sebenarnya, tiada istilah harta sibankrup di rampas. Ini mitos yang silap dalam masyarakat kita dan saya perlu perbetulkan nya.
Harta orang yang bankrup sebenarnya bukanlah dirampas oleh Jabatan Insolvensi tetapi sebaliknya dibantu uruskan oleh Jabatan Insolvensi supaya si bankrup dapat keluar daripada status bankrup nya dengan segera.

Dan ia dapat mengelakkan si bankrup menjadi tertekan kerana dikejar oleh si pemiutang dari masa ke semasa.

Dan apabila telah selesai semua hutang, status bankrupt akan ditarik balik dan anda bolehlah uruskan sendiri harta dan aset yang ada seperti biasa.

Tapi cuba bayangkan kalau ketika itu anda sudah pindah milik kan aset dan harta anda kepada pihak ketiga, adakah anda yakin yang pihak ketiga tersebut akan serahkan balik harta itu kepada anda.?
Silap hari bulan mereka awal-awal sudah  menjualkannya pula kepada orang lain tanpa pengetahuan anda.

Selepas anda sudah tidak bankrup lagi, langsung anda jadi pengemis sehelai sepinggang sebab semua harta dan aset dah jadi milik orang lain. Jadi kenapa anda mesti buat kerja yang berisiko dan sia-sia begitu?

Dan bukan bermaksud bila semua harta si bankrup telah diletak hak kepada Jabatan Insolvensi semua asetnya perlu dijual. Hanya aset-aset tertentu sahaja yang mungkin perlu dilupuskan/ dijual utk menjelaskan segala hutang sibankrup.

Biasanya rumah yang didiami oleh sibankrup dan keluarga mereka tidak akan diminta untuk dijual. Begitu juga misalnya harta tersebut bukan dimiliki sepenuhnya oleh sibankrup. Mungkin tidak perlu di jual.

Jadi peranan Jabatan  Insolvensi lebih kepada untuk membantu si bankrup menguruskan hartanya untuk tujuan selesaikan hutang bukannya merampas harta si bankrup.

Jadi kepada sibankrup, berilah kerjasama kepada Jabatan Insolvensi dengan mengemukakan senarai segala aset dan harta anda supaya ianya dapat diuruskan dengan baik dan supaya anda lebih cepat dapat keluar daripada status seorang yang bankrup.

Ingat! Hutang wajib dibayar walaupun selepas kita mati. Yang penting, bukan lari dari hutang tetapi urus lah hutang anda dengan baik.


Sumber: SALKUKHAIRI ABD SUKOR

Presiden
Persatuan Guaman Hartanah Malaysia (HartaGuam)

BEZA DOKUMEN YANG PERLU DI MATI STEM DAN DOKUMEN YANG PERLU DITANDATANGANI DI HADAPAN PESURUHJAYA SUMPAH

1. Ramai yang masih keliru tentang apakah dokumen-dokumen yang perlu dimati stem dan apakah dokumen-dokumen yang hanya perlu ditandatangani di hadapan pesuruhjaya sumpah.

2. Dokumen yang perlu dimati stem biasanya adalah dokumen-dokumen kontrak / perjanjian yang melibatkan sekurang-kurangnya dua pihak.

3. Dimana kesemua pihak dalam kontrak tersebut telah menurunkan tandatangan masing-masing pada muka surat akhir kontrak / perjanjian tersebut dihadapan saksi yang berkelayakan dari segi undang-undang (seperti peguam, hakim mahkamah, notary public dsbg).

4. Dan kontrak tersebut apabila telah ditandatangani, ianya akan mengikat kesemua pihak yang berkontrak ANTARA SATU SAMA LAIN.

5. Untuk membolehkan kontrak / perjanjian tersebut mempunyai nilai dari sudut undang-undang dan untuk membolehkan ianya diterima sebagai bahan bukti di Mahkamah sekiranya pada kemudian hari berlaku perbalahan berkaitan dgn kontrak tersebut, maka ianya WAJIB di mati stem di pejabat duti stem LHDN.

6. Pun begitu, jika tidak dimati stem, ianya TIDAK menjadikan dokumen kontrak tersebut TIDAK SAH. Cuma ianya mungkin tidak boleh diterima sebagai bahan bukti di mahkamah sehinggalah ianya di mati setem . Dan jika ianya ingin di mati setem kelak selepas sebulan daripada tarikh perjanjian, penalti akan dikenakan terhadap dokumen tersebut oleh LHDN.

7. Manakala dokumen yang perlu ditandatangan dihadapan Pesuruhjaya Sumpah pula adalah dokumen yang melibatkan satu perakuan bersumpah yang dibuat oleh mana-mana pihak sama ada seorang atau lebih dari seorang berkenaan dengan sesuatu fakta.

8. Dan perakuan bersumpah itu hanya akan mengikat PIHAK yang membuat perakuan bersumpah itu SAHAJA. Dan perakuan bersumpah itu hendaklah ditandatangani dihadapan Pesuruhjaya Sumpah.

9. Jadi jika anda hendak buat satu perjanjian jual beli atau perjanjian sewaan atau apa-apa sahaja jenis perjanjian dengan kawan anda  atau dengan pihak lain misalnya, yang mana masing-masing akan terikat satu sama lain dengan terma-terma dalam perjanjian tersebut,  maka prosedur yang PALING BETUL adalah anda buat satu perjanjian yang berkenaan (atau boleh lantik peguam untuk sediakan perjanjian tersebut) dan masing-masing turunkan tandatangan dihadapan peguam sebagai saksi, kemudian pergi mati stem.

10. BUKANNYA pergi pejabat pesuruhjaya sumpah kemudian suruh tukang taip di pejabat pesuruhjaya sumpah tu sediakan satu perjanjian ringkas dan anda turunkan tandatangan di hadapan pesuruhjaya sumpah,  kemudian pesuruhjaya sumpah turunkan tandatangan dan cop pesuruhjaya sumpah pada perjanjian tersebut.
Cara ini TIDAK TEPAT DARI SEGI PROSEDUR UNDANG-UNDANG.

11. Tetapi sekiranya anda hanya ingin buat satu perakuan untuk mengesahkan tentang sesuatu perkara yang hanya akan mengikat diri anda sahaja, misalnya perakuan yang geran tanah anda telah hilang dari simpanan, maka tak perlulah anda buat satu perjanjian dan pergi mati stem. Memadailah dengan anda buat satu surat akuan bersumpah kemudian pergi ke pejabat Pesuruhjaya Sumpah untuk  perakuan dan pengesahan oleh Pesuruhjaya Sumpah sahaja.


Sumber: SALKUKHAIRI ABD SUKOR
Presiden
Persatuan Guaman Hartanah Malaysia (HartaGuam)

AMALAN PENUNDA KEMATIAN?

Kematian memang di tangan (kuasa) Allah. Tetapi mempercepat dan melewatkan kematian adalah hak Nya juga. Maka ada satu perkara yang boleh membuat kematian menjadi sesuatu yang boleh ditunda. Bagaimana caranya dan mengapa bisa terjadi?

Kisah ini benar-benar terjadi pada masa Nabi Ibrahim a.s.

Suatu hari, Malaikat Kematian mendatangi Nabi Ibrahim, dan bertanya, “Siapa anak muda yang tadi mendatangimu wahai Ibrahim?”“

Yang anak muda tadi maksudnya?” tanya Ibrahim.
“Itu sahabat sekaligus muridku.”“


Ada apa dia datang menemuimu?”“

Dia menyampaikan bahwa dia akan melangsungkan perkawinannya esok pagi.


”“Wahai Ibrahim, sayang sekali, umur anak itu tidak akan sampai esok pagi.”

Selesai berkata seperti itu,Malaikat Kematian pergi meninggalkan Nabi Ibrahim. Hampir saja Nabi Ibrahim tergerak untuk memberitahu anak muda tersebut, untuk menyegerakan perkawinannya malam ini, dan memberitahu tentang kematian anak muda itu besok. 

Tapi langkahnya terhenti. Nabi Ibrahim memilih kematian tetap menjadi rahasia Allah.


Esok paginya, Nabi Ibrahim ternyata melihat dan menyaksikan bahwa anak muda tersebut tetap bisa melangsungkan perkawinannya.

Hari berganti hari, minggu berganti minggu, bulan berganti bulan, dan tahun berganti tahun, Nabi Ibrahim malah melihat anak muda ini panjang umurnya.

Hingga usia anak muda ini 70 tahun, Nabi Ibrahim bertanya kepada Malaikat Izrail, apakah dia berbohong tempo hari sewaktu memberitakan bahwa anak muda itu umurnya tidak akan sampai besok pagi?


Malaikat Kematian menjawab bahwa dirinya memang akan mencabut nyawa anak muda tersebut, tapi Allah menahannya.


“Apa sebab yang membuat Allah menahan tanganmu untuk tidak mencabut nyawa anak muda tersebut, dulu?


”“Wahai Ibrahim, di malam menjelang perkawinannya, anak muda tersebut menyedekahkan separuh dari kekayaannya. Dan ini yang membuat Allah memutuskan untuk memanjangkan umur anak muda tersebut, hingga engkau masih melihatnya hidup.”


Kematian memang di tangan (kuasa) Allah. Justru itu, mempercepat dan melewat kematian adalah hak Allah. Dan Allah memberitahu pada Rasul-Nya,Muhammad bahwa sedekah itu dapat memanjangkan umur.

Jadi, sesuatu yang dapat menunda kematian, itu adalah…SEDEKAH. Maka, tengoklah kanan-kiri anda, lihat-lihatlah sekeliling Anda. Bila Anda menemui ada satu-dua kesusahan di depan mata anda. Maka sesungguhnya andalah yang perlu pertolongan.

Kerana siapa tahu kesusahan itu diperlihatkan oleh Allah untuk memperpanjang umur anda.


Cuma apakah anda bersedia menolongnya atau tidak.


Bila bersedia, maka kemungkinan besar memang Allah akan memanjangkan umur Anda.

Saudara-saudaraku sekalian, tidak ada seorang pun yang mengetahui bila ajalnya akan sampai. Dan, tidak seseorangpun yang mengetahui dalam keadaan apa ajalnya tiba.

Maka mengeluarkan sedekah bukan saja akan memanjang umur, malah juga memungkinkan kita meninggal dalam keadaan baik.

Bukankah sedekah akan mengundang cinta  Allah? Sedangkan kalau seseorang sudah dicintai oleh Allah, maka tidak ada masalahnya yang tidak diselesaikan, tidak ada keinginannya yang tidak dikabulkan, tidak ada dosanya yang tidak diampunkan, dan tidak ada nyawa yang dicabut dalam keadaan husnul khatimah.

Mudah-mudahan Allah memanjangkan umur, sehingga kita semua berkesempatan untuk mendapat ampunan oleh Allah dan mengubah segala kelakuan kita, sambil mempersiapkan kematian sebentar lagi.  Mari bersedekah dengan hati yang ikhlas.

“Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun”(Sabda Rasulullah SAW)

Semoga bermanfaat..